Skip to main content
Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) pada 23 Februari 2023.
MPOGCF diketuai Pengurus Besar, YBrs. Zamakhshari Muhamad mengadakan perbincangan bersama Pengarah Pentadbiran dan Perhubungan Kerajaan MPOA, YBrs. Mohd Ramzuz Mohd Rashid.
Turut serta, Pengurus Konservasi MPOGCF, Encik Ahmad Shahdan Kassim dan Pengurus Komunikasi Korporat MPOGCF, Tuan Nazuri Tuan Ismail.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dalam isu semasa melibatkan industri sawit di Malaysia dan dunia, khususnya isu-isu melibatkan usaha -usaha konservasi yang mampu meningkatkan lagi imej industi ini di mata dunia.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menjadikan MPOA sebagai platform untuk MPOGCF membina dan menjalin hubungan kerjasama lebih rapat dengan syarikat-syarikat perladangan besar yang menjadi pemain-pemain utama industri sawit di Malaysia.
Dalam pertemuan hampir 2 jam itu, MPOGCF dan MPOA bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa kerja yang berfungsi membincangkan isu-isu semasa khususnya alam sekitar dan konservasi, yang melibatkan kepentingan pemain-pemain industri, dan berganding bahu mencari jalan penyelesaian terbaik.