Skip to main content
MPOGCF semalam telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Projek yang bertujuan untuk menilai kertas cadangan projek yang dihantar & dibentangkan kepada MPOGCF untuk pelaksanaan serta permohonan dana. Projek yang dibentangkan telah dipilih berdasarkan kesesuaian dari segi misi, visi & objektif penubuhan MPOGCF oleh pihak Pengurusan.
Ahli Jawatankuasa Penilaian Projek terdiri daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF iaitu En. Hairulazim Mahmud selaku Pengerusi Jawatankuasa beserta Dr. Ruslan Abdullah, Pengarah Sains, Alam Sekitar & Kemampanan MPOC dan disertai oleh Dr. Vijaya Subramaniam, Ketua Unit Ekosistem Gambut & Biodiversiti, Bahagian Penyelidikan Biologi & Kelestarian MPOB; Dato’ Norhaidi Bin Yunus, Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan & Ekonomi Hutan, Jabatan Perhutanan; Dato’ Hasnan bin Haji Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan PERHILITAN; serta Prof. Emeritius Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad, Felo Penyelidik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Peranan utama Jawatankuasa Penilaian adalah untuk menilai, menyemak & memastikan cadangan projek memenuhi kehendak dan objektif MPOGCF; mengkaji isu-isu dasar yang timbul semasa cadangan projek, memperakukan cadangan penyelesaian untuk kelulusan; mencadangkan penyelesaian isu-isu teknikal yang timbul serta menyemak bajet yang diperlukan.
Pembentangan telah dibuat oleh pemohon dari empat (4) buah universiti & pertubuhan; Dr. Siti Khairiyah Mohd Hatta (Biodiversity Value of True Epiphytes Ficus Deltoidea on Microinvertebrates Diversity, Frugivores Abundance & Oil Palm Productivity) dari UiTM; Prof. Madya Dr. Azlan Abas (Human-Wildlife Coexistence in Oil Palm Plantation Strategic Plan) dari UKM; Ts. Dr. Kamarul Ariffin Kambali@Hambali (Kajian Kesesuaian Menubuhkan Koridor Gajah di Daerah Jeli Kelantan) dari UMK, serta Dr. Wong Ee Phin (Kajian Kesesuaian Menubuhkan Koridor Gajah di Daerah Jeli Kelantan) dari MEME.