Skip to main content
28 Mei 2024 – MPOGCF menambah satu lagi inisiatif kerjasama dengan Jabatan PERHILITAN dalam usaha memulihara spesies Harimau Malaya yg semakin terancam.
Kerjasama ini melibatkan peruntukan sebanyak RM225,000 untuk penyediaan 15-unit perangkap yang direka khusus dengan saiz 12′ panjang x 4.5′ tinggi x 6′ lebar, setiap unit bernilai RM15,000. Perangkap harimau yang turut dikenali dengan nama Perangkap Wahab telah melalui beberapa proses pengubahsuaian bagi memastikan keberkesanannya.
Perangkap ini akan ditempatkan di kawasan-kawasan ‘hotspot’ di mana harimau belang telah keluar dari habitat asalnya dan terlibat dalam konflik antara manusia dan harimau.
Sumbangan perangkap Wahab ini merupakan satu kaedah jangka pendek untuk menyelamatkan populasi Harimau belang yg kini kurang daripada 150 ekor.
Sumbangan ini juga merupakan sebahagian daripada projek Malayan Tiger Conservation Program kerjasama MPOGCF-PERHILITAN
Antara ancaman utama yang dihadapi termasuk serangan ke atas ternakan, konflik dengan manusia, aktiviti pemburuan haram, kematian akibat dilanggar di jalan raya, serta jangkitan penyakit seperti canine distemper virus.
Kerjasama ini menekankan komitmen MPOGCF dan PERHILITAN dalam usaha memulihara Harimau Malaya dan memastikan kelangsungan spesis ini di alam semula jadi.