Skip to main content
26 Mei 2024 – MPOGCF telah memperuntukan dana hampir RM 1 juta bagi mewujudkan taman botani yang pertama di Pantai Timur ini. Dana tersebut melibatkan penanaman pokok-pokok hiasan, endemik dan terancam seperti Mersawa Merah, Cengal, Resak Paya, Karas dan Keruing Neram.
Penanaman pokok-pokok ini telah menggalakan kehadiran pelbagai spesies burung dengan penambahan sarang-sarang baru yang telah dikesan di samping menjadi tempat tinggal bagi spesies Ungka, Siamang & Kera.
Taman botani ini juga dijadikan tempat untuk konservasi pokok-pokok hutan serta pendidikan botani bagi masyarakat setempat yang menggunakan kawasan taman botani ini sebagai tempat rekreasi.
Pengurus besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkesempatan melawat Taman Botani Kuala Terengganu di Bukit Panorama bagi melihat hasil kerja pemasangan papan tanda informasi dan penanaman pokok di kawasan tersebut.
Usahasama antara MPOGCF dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ini menunjukkan komitmen industri sawit Malaysia untuk terlibat aktif dalam aktiviti pemuliharaan biodiversiti di Malaysia.