Skip to main content
Majlis Biodiversiti Pahang dengan kerjasama PERHILITAN dan FGV Plantations telah menganjurkan lawatan kerja ke Tapak Ramsar Tasek Bera dan ladang milik FGV Plantation di Bera, Pahang pada 20 Mei 2024.
MPOGCF telah dijemput menyertai lawatan tersebut yang turut dihadiri wakil-wakil daripada ENGGANG, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tujuan lawatan kerja itu adalah untuk mendapatkan maklumat dan membincangkan potensi kerjasama antara agensi sebagai langkah pemuliharaan khazanah ekosistem tanah lembap di Pahang.
Delegasi turut dibawa meninjau ke kawasan Tasek Bera dan ladang FGV di Ladang Bera Selatan 02 bagi melihat secara lebih dekat cara-cara pengurusan alam sekitar.
Pihak FGV Plantation melalui Ketua Pegawai Kelestarian FGV Holdings Bhd, Puan Nurul Hasanah Ahamed Hassain Malim telah menyatakan komitmen untuk turut menyumbang dan bekerjasama dengan pengurusan Tapak Ramsar serta Majlis Biodiversiti Pahang dalam memelihara Tapak Ramsar Tasik Bera.
Selain itu, FGV juga akan terus memastikan sebarang aktiviti perladangan mereka tidak menjejaskan ekosistem Tasek Bera.