Skip to main content
Pada 24 Januari 2025, berlangsungnya Bengkel Oil Palm Workshop bertempat di Malayan Tiger Conservation Centre (MTCC), Lanchang, Pahang.
Bengkel ini adalah inisiatif antara MPOGCF, MPOB, serta Universiti La Verne, California, Amerika Syarikat melibatkan penyertaan seramai 20 mahasiswa daripada universiti tersebut.
Tujuan utama bengkel adalah memberi pendedahan kepada peserta delegasi mengenai industri minyak sawit di Malaysia, termasuk usaha pemuliharaan dan kelestarian yang telah dijalankan.
Peserta delegasi turut diberikan taklimat mengenai peranan MPOGCF mempromosikan kelestarian dan pemuliharaan dalam industri sawit. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan sejarah penubuhan MTCC dan usaha pemuliharaan Harimau Malaya.
Peserta delegasi kemudiannya dibawa melawat kurungan harimau di MTCC bagi menyaksikan tingkah laku harimau dan juga Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) bagi melihat program pemuliharaan gajah.
Bengkel dihadiri oleh Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Ahmad Shahdan Kasim, Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Penolong Pengarah Pusat Konservasi Harimau Malaya PERHILITAN, Muhammad Idham Sahiron, Penyelidik Advanced Biotechnology & Breeding Centre (ABBC) MPOB Dr. Jayanthi Nagappan dan Dr. Chan Pek Lan, serta Pensyarah Universiti La Verne, Dr. Tatiana Tatarinova.