Skip to main content
MPOGCF telah menyertai Sambutan Hari Harimau Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 26 Julai 2025 bertempat di AEON Mall Shah Alam.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Dato’ Huang Ting Sii, dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Johari Mohd Ayub; serta Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim. Turut hadir, Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud, dan Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan, Ahmad Shahdan Kasim.
Sempena sambutan ini, MPOGCF membuka reruai pameran dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Mampan Spin, Memory Game dan kuiz berkaitan MPOGCF.
Sebagai komitmen berterusan terhadap pemuliharaan Harimau Malaya, MPOGCF telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi pelaksanaan program konservasi spesies ikonik ini, selaras dengan agenda nasional untuk meningkatkan populasi harimau di habitat semula jadi.