Skip to main content
Dengan jumlah keseluruhan tajaan sebanyak RM1.1 juta, ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—š๐—–๐—™ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ฃ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ผ๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐—ผ ๐—ฑ๐—ถ Zoo Negara Malaysia telah secara rasmi berjaya dianjurkan pada 17 Disember 2022 di Ape Centre, Zoo Negara.
Penajaan ini terutamanya membolehkan pelbagai kerja penambahbaikan dilakukan termasuk untuk tujuan pemulihan dan pemuliharaan, bagi memastikan orang utan Borneo yang ditempatkan di kandang terbuka Ape Centre, Zoo Negara akan terus hidup dengan baik di bawah jagaan dan penyeliaan pihak Zoo Negara.
Majlis dihadiri YBhg. Datoโ€™ Sr. Zaharin Md. Arif, Presiden Zoo Negara beserta YBrs. En. Rosly Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Zoo Negara yang menerima cek replika tajaan daripada YBrs. En. Hairulazim Mahmud, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF sambil disaksikan oleh YBhg. En. Severinus Tukah, Setiausaha Bahagian Kanan BISS, Kementerian Perladangan dan Komoditi dan YBrs. En. Zamakhshari Muhammad, Pengurus Besar MPOGCF.
๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—š๐—–๐—™ ini menandakan permulaan secara rasmi kerjasama strategik MPOGCF bersama Zoo Negara Malaysia dalam menyokong dan terus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan orangutan.
Ianya adalah sebahagian daripada usaha berterusan MPOGCF untuk menyokong kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan orang utan, terutamanya dalam mempromosikan konsep “๐—›๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ป๐—ถโ€ yang diperkenalkan oleh MPOGCF pada awal Ogos tahun ini. Majlis bersama tetamu kehormat diakhiri dengan aktiviti melawat orang utan Borneo di ruang tajaan pameran, bagi sesi pemberian makanan dan sesi bersama media jemputan.
#MPOGCFxZooNegara turut dimeriahkan dengan kehadiran seramai 100 murid sekolah yang dijemput bagi mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan mewarna yang diberi tema, โ€œ๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜€โ€ anjuran MPOGCF dan diikuti dengan program khas kesedaran dan pendidikan awam bersama murid sekolah mengenai pemuliharaan orang utan oleh Jabatan Zoologi, Zoo Negara.
Bermula 17 Disember 2022, dua (2) paparan papan tanda yang ditaja oleh MPOGCF juga dapat dilihat oleh para pengunjung Zoo Negara Malaysia, sebagai salah satu usaha untuk menyebarkan mesej positif dan mempromosikan inisiatif pemuliharaan orang utan, yang dijalankan oleh industri sawit Malaysia.