Skip to main content
MPOGCF telah turun ke lapangan di Ladang Sawit Felda Pasoh 4, Negeri Sembilan untuk tujuan pemantauan kerja lapangan projek UiTM pada 28-30 Julai 2025.
Kerja lapangan fasa kedua ini bertujuan merekod dan mengkaji spesies fauna terdiri daripada invetebrata, burung dan mamalia kecil di ladang sawit menggunakan peralatan seperti perangkap kamera, perangkap sangkar dan perangkap jaring (mist-net).
Peralatan ini kemudiannya dipasang di lokasi berbeza di dalam ladang iaitu kawasan bersebelahan hutan, kawasan tengah ladang dan kawasan pinggir ladang.
Hasil daripada kerja lapangan ini berjaya merekodkan beberapa kehadiran spesies termasuklah burung lang kuik, punai tanah, babi hutan, burung raja udang, pig-tailed macaque, Cecadu pisang (Lesser Dog-faced Fruit Bat), purple heron, kucing hutan dan tapak kaki tapir.
Selain fauna, UiTM turut mengkaji spesies flora menerusi dua kumpulan iaitu epifit yang menumpang di batang sawit dan tumbuhan bawah teduhan (understory vegetation). Kajian ini membantu UiTM mengenal pasti jenis-jenis flora yang ada dalam ladang sawit, menilai peranan kumpulan flora tersebut terhadap kehadiran kepelbagaian spesies fauna dan membandingkan amalan pengurusan antara pekebun kecil dengan syarikat perladangan besar.
Hasil kajian dijangka akan menunjukkan bahawa pengekalan epifit dan tumbuhan bawah teduhan dalam ladang boleh meningkatkan biodiversiti dan membantu mencipta amalan pertanian yang lebih mampan serta mesra alam.