KOTA BHARU, 23 SEPTEMBER – Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia
(MPOGCF) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Kerajaan Negeri
Kelantan bagi memperkukuhkan usaha pemuliharaan hutan dan biodiversiti di negeri
tersebut.
MOA tersebut ditandatangani oleh Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud dan
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Beramat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’
Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal.
Majlis itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi
merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, YBhg Dato’ Yusran
Shah Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Yang Amat
Berusaha Tuan Haji Mohd Rahim bin Ramli.
Melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pelaksanaan projek
pengurusan hutan yang terpisah akibat pembalakan, pembinaan jalan dan aktiviti
perladangan yang menjejaskan kelangsungan hidup bagi spesies terancam termasuk
Harimau Malaya, gajah, tapir dan beruang matahari.
MPOGCF memperuntukkan dana berjumlah RM562,000 bagi menjayakan projek
konservasi di Hutan Simpan Chabang Tongkat, Machang dengan keluasan 10.5 hektar.
Projek ini merangkumi fasa penanaman dan penjagaan serta rawatan pokok.Untuk siaran segera
Projek ini menghubungkan semula hutan yang terpisah, membolehkan hidupan liar
bergerak bebas antara kawasan hutan, membantu meningkatkan populasi spesies
haiwan serta mengurangkan risiko kadar kemalangan jalan raya melibatkan hidupan
liar.
Dalam ucapan, Dato’ Yusran Shah berkata, “Perpecahan hutan bukan sahaja
menyukarkan pergerakan hidupan liar, malah ia meningkatkan risiko kemalangan jalan
raya dan menjejaskan rantaian ekologi.”
Katanya, penghutanan semula kawasan terosot dengan spesies asli akan memperbaiki
ekosistem hutan, meningkatkan kualiti tanah dan mengurangkan hakisan.
“Lebih penting lagi, inisiatif ini ini menyokong Pelan Induk CFS Malaysia serta komitmen
negara terhadap usaha konservasi biodiversiti, di samping meningkatkan imej positif
industri sawit Malaysia di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, Yang Beramat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed
Faziharudean Al-Haj berkata, projek ini mengukuhkan lagi komitmen kerajaan negeri
dalam memastikan keseimbangan alam sekitar dan kemajuan ekonomi.
“MOA ini adalah bukti kerjasama erat Kerajaan Negeri dan Kementerian Perladangan
dan Komoditi dalam usaha pemuliharaan biodiversiti,” katanya.Untuk siaran segera
Mengenai MPOGCF
Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) merupakan inisiatif
yang diperkenalkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk
menyokong usaha pemuliharaan berkaitan industri minyak sawit dan mencerminkan
komitmennya ke arah memulihara alam sekitar.
Dengan pelbagai usaha pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan oleh MPOGCF,
adalah diharapkan ia akan meningkatkan reputasi industri minyak sawit untuk mencapai
pengiktirafan global bagi amalan mampan.
MPOGCF sentiasa memerhatikan kawasan kritikal yang berkaitan dengan
pemuliharaan hijau dalam industri kelapa sawit bagi perlindungan dan pengurusan
jangka pendek, pertengahan dan panjang, serta pemuliharaan warisan semula jadi
negara.
Kami komited dalam mempamerkan kepada dunia bahawa industri minyak sawit
Malaysia adalah industri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Pembiayaan
yang diberikan adalah sebahagian daripada usaha mempamerkan komitmen industri
dalam memulihara alam semula jadi dan mempromosikan landskap hijau.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai MPOGCF, sila layari www.mpogcf.org.
Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik MPOGCF. Jika ada sebarang
pertanyaan, sila hubungi Pengurus Komunikasi Strategik MPOGCF, Tuan Nazuri
Tuan Ismail ([email protected] / 012-3479144) atau Eksekutif Kanan
Komunikasi Strategik, Mohd Ariff Ikram ([email protected] / 019-2592747)