Skip to main content
18 Oktober — Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) menjadi penaja utama bagi program Animal Fun Run 2025 anjuran Program Ekologi dan Biodiversiti, Fakulti Sains, Universiti Malaya di Kompleks Perdanasiswa (KPS), Universiti Malaya, Petaling Jaya, hari ini.
Acara ini menerima sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan lebih daripada 300 peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan universiti serta orang awam.
Larian santai bertemakan haiwan ini menjadi medium penting dalam memupuk kesedaran awam terhadap kepentingan pemuliharaan hidupan liar serta menggalakkan gaya hidup sihat dan lestari.
Penyertaan MPOGCF dalam acara ini memperkukuh komitmen yayasan terhadap pemuliharaan biodiversiti dan pemerkasaan mesej kelestarian dalam kalangan masyarakat.
Program Fun Run ini merupakan sebahagian acara bagi Science Fiesta anjuran Program Ekologi dan Biodiversiti, Fakulti Sains, Universiti Malaya.
Terdahulu, MPOGCF menyertai forum Biodiversity Talk pada 15 Oktober yang lalu.