Skip to main content
Pada 6-8 November 2025, Bengkel Pendidikan Konservasi Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Negeri Terengganu dan Kelantan Tahun 2025 telah diadakan di Setiu Wetlands melibatkan penyertaan seramai 30 orang guru penasihat Kelab Pencipata Alam (KPA) dari 14 buah sekolah.
Bengkel tajaan MPOGCF ini merupakan kerjasama di antara Koordinator Pendidikan Negeri Terengganu (Projek Kelab Pencinta Alam Sekolah) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
Tujuan bengkel ini diadakan bagi memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran guru tentang pendekatan pendidikan alam sekitar berasaskan lokasi, khususnya di Setiu Wetlands. Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu dan menggerakkan aktiviti pendidikan konservasi di sekolah.
Setiu Wetlands merupakan kawasan tanah lembap yang unik dan kaya dengan kepelbagaian biodiversiti. Ia merangkumi hutan paya bakau, lagun, pantai, muara sungai dan pulau kecil. Kawasan ini bukan sahaja berfungsi sebagai habitat flora dan fauna penting seperti penyu, haiwan sumber perikanan, burung tanah lembap, malah menjadi benteng semula jadi daripada hakisan dan bencana alam.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel tersebut berlangsung termasuklah Perkongsian Inspirasi: “Setiu Wetlands: Tanah Bencah Unik Pantai Timur” oleh Cikgu Hashimi bin Ismail, Koordinator MNS Terengganu dan Perkongsian Peranan MPOGCF Dalam Menyokong Usaha- usaha Konservasi Di Malaysia dalam konteks Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah yang disampaikan oleh Eksekutif Jabatan Pemuliharaan dan Kelestarian MPOGCF, Nur Fatin Amirah Ahmad Amri.
Selain itu, terdapat juga aktiviti di lapangan seperti Eksplorasi Setiu Wetlands @ Wetlands School of Setiu, Kg Mangkok dan Eksplorasi Setiu Wetlands @ Boardwalk Taman Negeri Setiu Wetlands, Kg Pengkalan Gelap selain dua aktiviti lain iaitu Lawatan Penandaarasan dan Sesi Jaringan dan Sesi plogging bersama Geng Plastik Ija yang disertai oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Beting Lintang.
Bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu, kemahiran dan motivasi guru penasihat Kelab Pencinta Alam dalam memimpin generasi muda menjaga alam sekitar.
Dengan penekanan kepada konservasi Setiu Wetlands, guru akan lebih bersedia menjadi ejen perubahan di sekolah masing-masing, seiring aspirasi Terengganu sebagai negeri mesra alam dan lestari khasnya dan di Kelantan amnya.
_________________________________
From 6 to 8 November 2025, the Environmental Conservation Education Workshop for teacher advisors of the Nature Lovers Club (KPA) from Terengganu and Kelantan was held at Setiu Wetlands, involving 30 teachers from 14 schools. The workshop was sponsored by MPOGCF in collaboration with the Terengganu State Education Coordinator and the Malaysian Nature Society (MNS).
The programme aimed to strengthen teachers’ understanding of place-based environmental education, with a focus on the rich biodiversity of Setiu Wetlands, a unique ecosystem that includes mangroves, lagoons, coastal habitats and river estuaries, and serves as an important sanctuary for wildlife such as turtles, wetland birds and fisheries resources.
Key sessions included an inspirational talk on the uniqueness of Setiu Wetlands by Hashimi Ismail, MNS Terengganu Coordinator, and a presentation on MPOGCF’s role in supporting conservation and environmental education by Nur Fatin Amirah Ahmad Amri of MPOGCF. Teachers also participated in hands-on field activities, benchmarking visits, networking sessions, and a plogging activity with Geng Plastik Ija, joined by students from SK Beting Lintang.
The workshop is expected to empower teacher advisors to lead more impactful conservation initiatives in schools, supporting the broader vision of fostering environmentally responsible communities in Terengganu and Kelantan.