Skip to main content
Laporan disediakan oleh Zalifah Ramli
Eksekutif Kanan Jabatan Pemuliharaan dan Kemampanan
MPOGCF telah mengadakan sesi perbincangan bersama Yayasan Pahang bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang pemuliharaan biodiversiti serta pengurusan landskap mampan di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan pada 4 Februari 2026.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen MPOGCF dan Yayasan Pahang dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi menangani isu pemuliharaan biodiversiti, khususnya berkaitan konflik manusia dan hidupan liar dalam landskap perladangan kelapa sawit.
Sesi perbincangan dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi. Turut hadir, Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud; Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Ahmad Shahdan Kasim; Ketua Pegawai Eksekutif YP Plantation Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Muhamad Fairuz Kamal Mat Noh; Pengurus Besar YP Hevea Sdn. Bhd., Mohd Khairul Izwan Mohd Zan; serta Penolong Pengarah Kanan PERHILITAN, Norfariza Mohd Khalid.
Lawatan kerja ke Ladang YP Hevea Kuala Sat turut diadakan bagi meninjau kawasan koridor gajah di lokasi berkenaan.
Lawatan ini turut disertai Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan dan Dr. Wan Nor Fitri dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka ini akan terlibat dalam kerjasama ini dan bertanggunjawab memberikan pandangan akademik serta input teknikal berkaitan usaha pemuliharaan biodiversiti.
MPOGCF berharap hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek bersama yang mampan dan berimpak tinggi, sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan ekosistem negara.
__________________________
Report prepared by Zalifah Ramli
Senior Executive, Conservation and Sustainability Department
MPOGCF held a discussion session with Yayasan Pahang at the Yayasan Pahang Complex in Kuantan on 4 February 2026 to explore potential strategic collaboration in biodiversity conservation and sustainable landscape management.
This collaboration reflects the shared commitment of MPOGCF and Yayasan Pahang to strengthen strategic partnerships in addressing biodiversity conservation issues, particularly those related to human-wildlife conflict within oil palm plantation landscapes.
The discussion session was chaired by the Chief Executive Officer of Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi. Also in attendance were MPOGCF General Manager, Mr. Hairulazim Mahmud; MPOGCF Conservation and Sustainability Manager, Mr. Ahmad Shahdan Kasim; Chief Executive Officer of YP Plantation Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Muhamad Fairuz Kamal Mat Noh; General Manager of YP Hevea Sdn. Bhd., Mr. Mohd Khairul Izwan Mohd Zan; as well as the Senior Assistant Director of PERHILITAN, Ms. Norfariza Mohd Khalid.
A working visit to YP Hevea Kuala Sat Estate was also conducted to observe the elephant corridor area at the site.
The visit was joined by Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan and Dr. Wan Nor Fitri from Universiti Putra Malaysia (UPM). They will be involved in this collaboration and will be responsible for providing academic perspectives and technical input related to biodiversity conservation efforts.
MPOGCF hopes that the outcomes of this discussion can be translated into the implementation of sustainable and high-impact joint projects, ultimately contributing to environmental sustainability and the well-being of the nation’s ecosystems.