Skip to main content
Kami berbesar hati dengan kehadiran Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke Majlis Malam Penghargaan sempena Forum Biodiversiti 2026 di The Everly, Putrajaya, malam tadi.
Forum Biodiversiti 2026 bertemakan Coexistence in Malaysian Oil Palm Plantation Landscapes menghimpunkan pihak berkepentingan dan pemegang taruh bagi membincangkan usaha-usaha memperkukuh agenda kelestarian sawit Malaysia dan pemuliharaan biodiversiti negara dengan mengetengahkan konsep kewujudan bersama manusia dan hidupan liar.
Hadir sama memeriahkan majlis, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof; Pengerusi MPOB, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir; Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN, Datuk Fakrul Hatta Musa; Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Dr. Goh Yong Meng; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi; serta Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud.
YB Menteri turut menyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang yang telah menunjukkan komitmen cemerlang dalam bidang konservasi dan biodiversiti:
Kategori Best Poster Presentation Award
Suziana Anak Gema (Geospatial Evaluation of Large-Bodied Owls’ Effectiveness as Biological Rodent Control at Wilmar Plantation, Beluran, Sabah)
Kategori Community Conservation Champion
1. Sungai Ara Human Elephants Coexistence Community
2. Komuniti Nurseri Kampung Tempenau, Lahad Datu, Sabah.
Kategori Most Outstanding Conservation 2026
SD Guthrie Berhad
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha kolaboratif dalam memelihara dan memulihara biodiversiti dan memupuk keseimbangan antara pembangunan sektor perladangan dengan pemuliharaan alam sekitar.