Skip to main content
MPOGCF turut memeriahkan sambutan Hari Peneroka & Sambutan 70 Tahun FELDA yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada 4 hingga 7 Julai 2026.
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPOGCF dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta mempromosikan inisiatif kelestarian yang dilaksanakan dengan sokongan industri sawit Malaysia.
Sepanjang program berlangsung, reruai MPOGCF menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berpeluang mendapatkan maklumat mengenai peranan industri sawit dalam menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar.
Selain pameran, wakil MPOGCF, Zalifah Ramli turut menyampaikan perkongsian bertajuk “Pengurusan Pemuliharaan Biodiversiti Secara Mampan di Landskap Ladang Sawit”. Sesi tersebut mengetengahkan amalan pengurusan biodiversiti yang mampan di ladang sawit serta kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan industri sawit dan pemeliharaan biodiversiti.
MPOGCF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada FELDA atas penganjuran program ini serta kepada semua pengunjung yang telah mengunjungi reruai MPOGCF. Diharapkan platform seperti ini akan terus memperkukuh kesedaran dan komitmen bersama dalam memelihara biodiversiti serta memperkasa agenda kelestarian negara.
___
MPOGCF was pleased to participate in the Hari Peneroka & FELDA 70th Anniversary Celebration, held at Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, from 4 to 7 July 2026.
The participation formed part of MPOGCF’s ongoing efforts to raise public awareness on the importance of biodiversity conservation while promoting sustainability initiatives supported by the Malaysian palm oil industry.
Throughout the event, the MPOGCF exhibition booth welcomed visitors from all walks of life, providing an opportunity to learn more about the role of the palm oil industry in supporting biodiversity conservation, environmental protection and wildlife conservation.
In addition to the exhibition, MPOGCF representative Zalifah Ramli delivered a presentation titled “Sustainable Biodiversity Conservation Management in Oil Palm Plantation Landscapes.” The session highlighted sustainable biodiversity management practices in oil palm plantations and emphasised the importance of multi-stakeholder collaboration in achieving a balance between the development of the palm oil industry and biodiversity conservation.
MPOGCF extends its sincere appreciation to FELDA for organising this meaningful event, as well as to all visitors who stopped by the MPOGCF booth. It is hoped that initiatives such as this will continue to strengthen public awareness and foster greater collective commitment towards biodiversity conservation while advancing the nation’s sustainability agenda.