Skip to main content
Kecintaan terhadap alam semula jadi kepada generasi muda bermula dengan pendidikan dan pendedahan sejak di bangku sekolah.
Berpegang kepada prinsip ini, MPOGCF menyertai program pendidikan di tiga sekolah di Ranau iaitu Sekolah Kebangsaan Bongkud, Sekolah Kebangsaan Langsat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua.
MPOGCF mengambil peluang untuk menerangkan kepentingan melindungi alam sekitar termasuk pemuliharaan hidupan liar demi memelihara ekosistem semula jadi.
Pelajar dan guru turut didedahkan kepada pelbagai usaha pemuliharaan yang dilaksanakan oleh industri sawit menerusi MPOGCF bagi melindungi biodiversiti. Ini termasuk usaha pemuliharaan harimau Malaya, gajah, orang utan dan tapir, di samping aktiviti penanaman pokok bagi membantu mengurangkan kesan pemanasan global serta memulihkan hutan terosot.
MPOGCF turut menekankan bahawa aktiviti penanaman sawit secara bertanggungjawab dan perlindungan alam sekitar dapat bergerak seiring.
Program Pendidikan dan Kesedaran Konservasi Hidupan Liar 2026 anjuran Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) yang dilaksanakan di tiga sekolah itu melibatkan seramai 600 murid dan pelajar serta 60 orang guru.
MPOGCF menaja sebanyak RM15,000 bagi menjayakan program ini.
MPOGCF menyokong penuh program seperti ini dalam usaha mendidik dan menyemai rasa cinta kepada alam sekitar dalam kalangan generasi muda.
Pihak pengurusan sekolah yang merancang untuk menganjurkan program seumpama ini dan berminat menjemput MPOGCF bagi memberikan penerangan serta pendidikan mengenai aktiviti pemuliharaan alam sekitar boleh menghubungi kami:
📞 03-7931 5544 / 5445
MPOGCF promotes environmental conservation awareness in schools in Ranau, Sabah
A love for nature among the younger generation begins with education and exposure from an early age.
Guided by this principle, MPOGCF participated in an educational programme at three schools in Ranau, namely Sekolah Kebangsaan Bongkud, Sekolah Kebangsaan Langsat and Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua.
MPOGCF took the opportunity to highlight the importance of protecting the environment, including wildlife conservation, in preserving natural ecosystems.
Students and teachers were also introduced to various conservation efforts undertaken by the palm oil industry through MPOGCF to protect biodiversity. These include conservation efforts for Malayan tigers, elephants, orangutans and tapirs, as well as tree-planting activities aimed at helping to mitigate the effects of global warming and restore degraded forests.
MPOGCF also emphasised that responsible oil palm cultivation and environmental protection can go hand in hand.
The 2026 Wildlife Conservation Education and Awareness Programme, organised by the Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) and conducted at the three schools, involved a total of 600 pupils and students, as well as 60 teachers.
MPOGCF contributed RM15,000 towards the successful implementation of the programme.
MPOGCF fully supports initiatives such as this in educating and nurturing a love for the environment among the younger generation.
School management teams planning to organise similar programmes and interested in inviting MPOGCF to provide information and educational sessions on environmental conservation activities may contact us:
📞 03-7931 5544 / 5445