Skip to main content
MPOGCF menyertai National Seminar on Palm Oil Milling, Refining, Environment and Quality (POMREQ) 2026 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang berlangsung di Hotel Pullman Kuching pada 11 dan 12 Ogos 2026.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MPOGCF dalam memperluaskan kesedaran mengenai usaha pemuliharaan biodiversiti yang dilaksanakan bersama industri sawit Malaysia.
MPOGCF berkongsi peranan dan inisiatif pemuliharaan yang diterajui, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama serta bertukar pandangan dengan pemain industri, penyelidik dan pelbagai pihak berkepentingan mengenai kepentingan mengimbangi pembangunan industri dengan pemeliharaan alam sekitar.
POMREQ 2026 memberi penekanan kepada inovasi teknologi dalam industri sawit, termasuk aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti produk. Seminar ini turut mengetengahkan perbincangan mengenai tenaga boleh diperbaharui, kitaran biojisim, amalan kelestarian serta isu perubahan iklim, selaras dengan aspirasi industri sawit ke arah pembangunan yang lebih mampan.
________________________
MPOGCF participated in the National Seminar on Palm Oil Milling, Refining, Environment and Quality (POMREQ) 2026, organised by the Malaysian Palm Oil Board (MPOB), held at Pullman Kuching on 11 and 12 August 2026.
The participation reflects MPOGCF’s commitment to raising awareness of biodiversity conservation efforts undertaken in collaboration with Malaysia’s palm oil industry.
MPOGCF shared its role and conservation initiatives while strengthening networks and exchanging insights with industry players, researchers and various stakeholders on the importance of balancing industrial development with environmental conservation.
POMREQ 2026 focused on technological innovations in the palm oil industry, including the application of artificial intelligence (AI) to enhance operational efficiency and product quality. The seminar also highlighted discussions on renewable energy, biomass circularity, sustainability practices and climate change, in line with the palm oil industry’s aspirations towards more sustainable development