Skip to main content
MPOGCF terus memperluas kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti sebagai sebahagian daripada komitmen industri sawit terhadap pembangunan yang bertanggungjawab dan mampan.
Usaha ini diteruskan menerusi penyertaan MPOGCF dalam Karnival dan Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI yang berlangsung meriah di Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor pada 30 Ogos 2026.
Menerusi reruai pameran, MPOGCF memperkenalkan kepada masyarakat setempat pelbagai inisiatif dan projek pemuliharaan biodiversiti yang dilaksanakan di seluruh negara. Penyertaan ini turut membuka ruang interaksi secara langsung bagi membantu komuniti memahami hubungan antara kelestarian industri sawit, perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
Penglibatan komuniti amat penting kerana kejayaan pemuliharaan tidak hanya bergantung pada dasar dan pelaksanaan projek, tetapi turut memerlukan kesedaran, sokongan serta tindakan bersama masyarakat di peringkat akar umbi.
Karnival ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan dan sukan rakyat, pameran, pengumpulan minyak masak terpakai serta aktiviti interaktif bersama komuniti. Program dimulakan dengan Larian Sawit Merdeka sejauh lima kilometer yang menghimpunkan kira-kira 3,000 peserta.
Program seperti ini menyediakan platform bermakna untuk MPOGCF memperkukuh hubungan dengan komuniti, menyampaikan mesej pemuliharaan dan menghubungkan agenda kelestarian industri sawit dengan pembangunan ekonomi setempat secara mampan.
Disempurnakan oleh:
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Menteri Perladangan dan Komoditi
Anjuran:
Kementerian Perladangan dan Komoditi