Skip to main content
MPOGCF terus memperluas usaha menyokong amalan penanaman sawit secara mampan dalam kalangan pekebun kecil menerusi pelaksanaan Inisiatif Burung Pungguk untuk Pekebun Kecil Sawit atau Barn Owl for Smallholders Initiative (BOSI 2.0) di Kampung Jelapang, Setiu pada 5 Oktober 2026.
Dilaksanakan bersama Barn Owl and Rodent Research Group (BORG), Universiti Sains Malaysia (USM), inisiatif ini memanfaatkan burung pungguk jelapang (Tyto javanica javanica) sebagai agen kawalan biologi semula jadi bagi membantu mengawal populasi tikus, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada racun tikus.
Seramai 15 pekebun kecil terlibat dalam program ini melalui pemasangan dan pemantauan kotak sarang, pemantauan burung pungguk serta populasi tikus dan latihan berkaitan.
Projek BOSI 2.0 di Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu ini mendapat kerjasama penuh daripada TDM Plantation.
Pelancaran BOSI 2.0 di Kampung Jelapang, Setiu, Terennganu di sempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Ladang-Ladang Terengganu, Kamaruzaman Abdullah, yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, YB. Dato’ Dr. Azman Ibrahim.
Hadir sama, Dekan, Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Amir Hamzah Ahmad Ghazali; Ketua Pegawai Eksekutif, TDM Plantation Sdn. Bhd, Hamdan Ibrahim dan Ketua Komunikasi Strategik MPOGCF, Tuan Nazuri Tuan Ismail.
Sesi perkongsian serta demonstrasi pemasangan kotak sarang burung pungguk turut diadakan selepas majlis perasmian.
Sebelum ini, BOSI 2.0 yang dibiayai sepenuhnya MPOGCF telah diperluaskan di Jerantut, Pahang; Batu Pahat, Johor dan Serdang di Kedah.
Menerusi BOSI 2.0, MPOGCF komited mempromosikan pendekatan pertanian yang lebih mesra alam, praktikal dan menyokong pemeliharaan biodiversiti dalam landskap sawit.
–
BOSI 2.0 EXPANDED TO KAMPUNG JELAPANG IN SETIU, TERENGGANU
MPOGCF continues to expand its efforts to support sustainable oil palm cultivation practices among smallholders through the implementation of the Barn Owl for Smallholders Initiative (BOSI 2.0) in Kampung Jelapang, Setiu, on 5 October 2026.
Implemented in collaboration with the Barn Owl and Rodent Research Group (BORG), Universiti Sains Malaysia (USM) the initiative utilises barn owls (Tyto javanica javanica) as natural biological control agents to help manage rat populations, thereby reducing reliance on rodenticides.
A total of 15 smallholders are involved in the programme through the installation and monitoring of nest boxes, monitoring of barn owl and rat populations as well as related training.
The BOSI 2.0 project in Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu, is implemented with the full cooperation of TDM Plantation.
The launch of BOSI 2.0 in Kampung Jelapang was officiated by Kamaruzaman Abdullah, Member of the Board of Directors of Kumpulan Ladang-Ladang Terengganu representing YB Dato’ Dr. Azman Ibrahim, Chairman of the Terengganu State Committee for Agriculture, Agro-Based Industry, Food Security and Commodities
Also present were Associate Professor Dr. Amir Hamzah Ahmad Ghazali, Dean of the School of Biological Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM); Hamdan Ibrahim, Chief Executive Officer of TDM Plantation Sdn. Bhd.; and Tuan Nazuri Tuan Ismail, Head of Strategic Communications, MPOGCF
A knowledge-sharing session and demonstration on the installation of barn owl nest boxes were also held following the launch ceremony.
Prior to this, BOSI 2.0 which is fully funded by MPOGCF, had been expanded to Jerantut, Pahang, Batu Pahat, Johor and Serdang, Kedah.
Through BOSI 2.0, MPOGCF remains committed to promoting agricultural approaches that are more environmentally friendly, practical and supportive of biodiversity conservation within oil palm landscapes.