Skip to main content
Projek kajian biodiversiti kerjasama antara MPOGCF dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dijangka mampu mengenal pasti ciri-ciri habitat dalam landskap sawit yang sesuai untuk haiwan reptilia.
Dapatan daripada kajian bertajuk “Managing Biodiversity of Conservation Concern in Oil Palm Areas in Sarawak” ini diharap menjadi panduan dan rujukan kepada pengiat industri sawit untuk menyediakan dan mengurus habitat yang kondusif dalam landskap sawit.
Sebagai sebahagian daripada komponen kajian, pasukan penyelidik UNIMAS diketuai Prof. Indraneil Das menjalankan kerja-kerja lapangan di Taman Negara Bako pada 11 hingga 13 November lalu.
Kajian lapangan yang disertai MPOGCF ini melibatkan kerja-kerja pengukuran suhu badan, suhu habitat dan persekitarannya.
Data yang dikumpulkan akan digunakan untuk membandingkan keadaan dan kesesuaian habitat reptilia di kawasan hutan Taman Negara Bako dengan landskap sawit.
Antara hidupan liar ditemui sepanjang kerja-kerja lapangan dijalankan dan menjadi sampel kajian termasuklah Katak Paya Bakau (Fejervarya cancrivora), Katak Paya Gambut (Limnonectes paramacrodon), Kura-kura Katup (Cuora couro), Ular Kapak Hijau (Tropidolaemus subannulatus), Ular Tikus (Coelognathus flavolineatus), dan Cicak Batu (Cnemaspis kendallii).
Haiwan- haiwan lain, antaranya Kubung (Galeopterus variegatus), Monyet Belanda (Nasalis larvatus), musang tenggalung (Viverra tangalunga), Lutung (Trachypithecus cristatus), Pekaka Bakau(Todiramphus chloris), Burung Helang Laut (Haliaeetus leucogaster), Kancil (Tragulus kanchil), Buaya Tembaga (Crocodylus porosus) dan Babi Janggut (Sus barbatus).
______
The biodiversity research project undertaken through a collaboration between the Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) and Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) is expected to identify habitat characteristics within oil palm landscapes that are suitable for reptiles.
The findings of the study, titled “Managing Biodiversity of Conservation Concern in Oil Palm Areas in Sarawak”, are expected to serve as a guide and reference for oil palm industry players in establishing and managing conducive habitats within oil palm landscapes.
As part of the research, a team of UNIMAS researchers led by Professor Indraneil Das conducted fieldwork at Bako National Park from 11 to 13 November 2026.
The fieldwork, which was also attended by MPOGCF representatives, involved measuring body temperatures, habitat temperatures and surrounding environmental temperatures.
The data collected will be used to compare habitat conditions and suitability for reptiles in the forest environment of Bako National Park with those found within oil palm landscapes.
Among the wildlife species recorded during the fieldwork and included as study samples were the Crab-eating Frog (Fejervarya cancrivora), Peat Swamp Frog (Limnonectes paramacrodon), Southeast Asian Box Turtle (Cuora couro), Bornean Keeled Pit Viper (Tropidolaemus subannulatus), Common Rat Snake (Coelognathus flavolineatus) and Rock Gecko (Cnemaspis kendallii).
Other wildlife species observed included the Sunda Flying Lemur (Galeopterus variegatus), Proboscis Monkey (Nasalis larvatus), Malay Civet (Viverra tangalunga), Silvered Langur (Trachypithecus cristatus), Collared Kingfisher (Todiramphus chloris), White-bellied Sea Eagle (Haliaeetus leucogaster), Lesser Mouse-deer (Tragulus kanchil), Saltwater Crocodile (Crocodylus porosus) and Bornean Bearded Pig (Sus barbatus)