Skip to main content

Konflik antara manusia dan hidupan liar seperti gajah dan orang utan semakin meruncing saban tahun, berpunca daripada kehilangan habitat semula jadi. Namun, di sebalik cabaran ini, wujud sinar harapan dan kisah perjuangan demi mewujudkan keseimbangan dan keharmonian antara manusia dan rimba.

Saksikan paparan khas dalam Majalah 3 – “Teman Rimba Kekal Terpelihara”, sebuah dokumentari menyentuh hati yang menyorot pelbagai usaha konservasi hidupan liar yang dijalankan oleh Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia.

TV3 Malaysia