Skip to main content
Pada 5 Ogos 2025, MPOGCF telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Projek Bil 4 (1/2025) untuk menilai kertas cadangan projek yang dihantar bagi pelaksanaan dan permohonan dana.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ramle Moslim, Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Projek dan dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Perladangan dan Komoditi, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Malaysian Palm Oil Association (MPOA), Malaysian Palm Oil Council (MPOC) dan Malaysia Forest Fund (MFF).
Turut hadir mewakili MPOGCF di dalam mesyuarat ini adalah Pengurus Besar, Hairulazim Mahmud, Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan, Ahmad Shahdan Kasim, Eksekutif Kanan Pemuliharaan dan Kemampanan, Zalifah Ramli dan Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan, Nur Fatin Amirah Ahmad Amri.
Empat kertas projek yang dilihat selari dengan misi dan visi MPOGCF dalam menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar telah dibentangkan oleh penyelidik dalam mesyuarat tersebut. Setiap penyelidik diberikan masa selama 15 minit bagi membuat pembentangan dan 10 minit seterusnya bagi sesi soal jawab.
Diharapkan jawatankuasa ini dapat membantu yayasan memastikan
projek yang dijalankan dan diluluskan adalah bersesuaian dengan polisi serta selari dengan matlamat penubuhan MPOGCF iaitu menyokong usaha-usaha pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar melibatkan industri sawit Malaysia supaya ia diterima dan diiktiraf oleh dunia.
_______________________________________________
On 5 August 2025, MPOGCF convened the Project Evaluation Committee Meeting No. 4 (1/2025) to review proposals submitted for funding and implementation.
Chaired by YBrs. Dr. Ramle Moslim, Chairman of the Project Evaluation Committee, the session brought together representatives from the Ministry of Plantation and Commodities, the Department of Wildlife and National Parks (PERHILITAN), the Malaysian Palm Oil Association (MPOA), the Malaysian Palm Oil Council (MPOC), and the Malaysia Forest Fund (MFF).
MPOGCF was represented by General Manager, Hairulazim Mahmud, Manager of Conservation and Sustainability, Ahmad Shahdan Kasim, Senior Executive of Conservation and Sustainability, Zalifah Ramli, and Executive of Conservation and Sustainability, Nur Fatin Amirah Ahmad Amri.
During the meeting, four project proposals were presented by their respective researchers. Each presentation was allocated 15 minutes, followed by a 10-minute Q&A session.
The committee plays a vital role in ensuring that all approved projects are not only relevant and impactful but also consistent with MPOGCF’s core objectives. Ultimately, these efforts aim to strengthen biodiversity and environmental conservation within Malaysia’s palm oil industry, fostering greater global recognition and acceptance of the sector’s sustainability commitments.