Skip to main content
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) telah memeterai perjanjian novasi dengan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) bagi projek Forest Rehabilitation of Orangutan Habitat at Lower Kawag, Lahad Datu, Sabah pada 3 Oktober yang lalu.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Konservator Hutan Sabah, Ybhg. Datuk Frederik Kugan, Ketua Pengawai Eksekutif Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Puan Belvinder Sron dan Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud.
Majlis itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Timbalan Ketua Konservator Hutan Sabah, Tn. Indra Purwandita H. Sunjoto dan Pengurus Besar MPOC, Firdaus Tarmizi.
Perjanjian selama 10 tahun bagi Projek Pemulihan Hutan Habitat Orang Utan di Hutan Simpan Ulu Segama, Kawasan Lower Kawag (2019–2029) telah ditandatangani buat pertama kali pada 2 Julai 2019.