Skip to main content
𝐌𝐏𝐎𝐆𝐂𝐅 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐆𝐞𝐫𝐢𝐤, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
MPOGCF telah menyertai operasi pemindahan dua ekor gajah liar yang dikendalikan oleh Unit Tangkap Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia di Kampung Sira Panas, Gerik pada 14 Julai 2025.
Seramai 26 kakitangan yang terdiri daripada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah terlibat dalam operasi ini selain turut dibantu oleh dua ekor gajah denak iaitu Chery dan Rambai.
Gajah-gajah liar tersebut kemudiannya dipasangkan dengan alat mikrocip dan pengukuran morfologi sebelum dilepaskan semula ke habitat selamat di Taman Negara. Hasil pemeriksaan kesihatan juga mendapati kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.
Operasi pemindahan haiwan ini bertujuan mengurangkan konflik gajah secara sistematik di lokasi berisiko tinggi, mengenal pasti dan memindahkan kumpulan gajah yang aktif mengganggu kawasan pertanian dan perumahan penduduk setempat.
___________________
𝐌𝐏𝐎𝐆𝐂𝐅 𝐉𝐨𝐢𝐧𝐬 𝐄𝐥𝐞𝐩𝐡𝐚𝐧𝐭 𝐑𝐞𝐥𝐨𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐢𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐢𝐤, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
MPOGCF took part in a wild elephant relocation operation led by the Elephant Capture Unit (UTG) of the Department of Wildlife and National Parks (PERHILITAN) Peninsular Malaysia at Kampung Sira Panas, Gerik on 14 July 2025.
A total of 26 personnel from Perhilitan Perak and the National Elephant Conservation Centre (NECC) in Kuala Gandah were involved in the operation, with support from two trained elephants, Chery and Rambai.
The wild elephants were fitted with microchips and their body measurements were taken before being safely released into a protected area in Taman Negara. A health check also confirmed that both elephants were in good condition.
This relocation effort aims to reduce human-elephant conflict in high-risk areas by identifying and moving elephants that often enter farms and residential areas.