Skip to main content
MPOGCF menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas dan Mesyuarat Agung Dwitahunan Ke-25 Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) yang berlangsung di sebuah hotel di Sungai Siput, Perak pada 10 Disember.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pada majlis itu, MPOGCF turut membuka reruai pameran bagi mempamerkan inisiatif serta usaha ke arah menggalakkan kelestarian industri sawit di Malaysia.
MPOGCF turut menerima penghargaan sebagai rakan strategik PKPKM atas komitmen membantu meningkatkan kesejahteraan hidup pekebun-pekebun kecil kelapa sawit.
Penghargaan disampaikan oleh Manndzri kepada Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud.
MPOGCF komited untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit dalam meningkatkan kelestarian tanaman sawit menerusi beberapa kerjasama antaranya pemasangan sistem amaran awal bagi mengesan kemasukan gajah menerusi projek Kewujudan Bersama di Sungai Ara dan Inisiatif Burung Pungguk untuk Pekebun Kecil Sawit (BOSI).
MPOGCF juga giat membantu meringankan beban kos sara hidup pekebun kecil sawit di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) termasuk pemberian bantuan pakaian sekolah kepada anak-anak pekebun kecil sawit dan bantuan barangan keperluan asas yang bakal diadakan pada 27 Disember ini.