Skip to main content
Reruai MPOGCF mencuri perhatian kanak-kanak dengan tarikan permainan interaktif ‘Memory Matching Game’ dan berpeluang belajar sambil bermain menjadikan kunjungan ke reruai MPOGCF pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat.
MPOGCF menyertai Pameran Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA & Ladang Sawit Fun Run 2025 yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor pada 13 hingga 14 September 2025.
Karnival anjuran Yayasan ANGKASA ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kebersamaan, mengumpul dana pendidikan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dan kelestarian industri sawit.
MPOGCF membuka reruai pameran bertemakan pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang menampilkan kempen pemeliharaan biodiversiti serta usaha pemuliharaan hidupan liar yang telah dijalankan oleh MPOGCF. Reruai berkenaan menjadi platform interaktif kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan komuniti setempat untuk memahami peranan strategik MPOGCF dalam industri sawit mampan.