Skip to main content
Pada 24 hingga 27 Mei 2025, MPOGCF telah menyertai pameran Koko Antarabangsa Malaysia 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. MPOGCF berpeluang mempromosikan projek dan inisiatif pemuliharaan hijau dalam landskap kelapa sawit serta program Diplomasi Orang Utan (OUDip).
Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Koko Malaysia (LKM) menjemput MPOGCF menjadi sebahagian daripada pempamer dalam program yang turut menampilkan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, persidangan, bengkel, sesi padanan perniagaan, aktiviti interaktif, persembahan budaya, peluang perniagaan dan banyak lagi.