Skip to main content
Laporan oleh Nur Fatin Amirah Ahmad Amri
Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan
MPOGCF menyertai Program Science Week di King Henry VIII College di kampus mereka di Cyberjaya pada 10 Februari 2026.
Jemputan ini berikutan kejayaan kolaborasi MPOGCF dalam program Edupalm 2025: Palm Oil Familiarisation for Educators anjuran Malaysian Palm Oil Council (MPOC) pada tahun lalu Program Science Week bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berusia 12 hingga 18 tahun mengenai aplikasi sains dalam kehidupan sebenar dengan penekanan kepada pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar.
Bagi menyokong objektif tersebut, MPOGCF telah mengambil bahagian melalui sesi perkongsian, pameran pendidikan serta aktiviti pembelajaran interaktif. Antara tarikan utama yang mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada para pelajar ialah Bio-D Fun Games yang merangkumi permainan interaktif seperti Palmania, Wildlife Warrior, Victory Shift, dan Sawit Saga.
Aktiviti ini turut dijayakan dengan kerjasama fasilitator daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berjaya meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pemuliharaan biodiversiti serta kelestarian industri sawit.
Jemputan ini menunjukkan keyakinan institusi pendidikan terhadap keupayaan MPOGCF dalam memperkasa pendidikan alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan mudah difahami. MPOGCF merakamkan penghargaan kepada pihak King Henry VIII College atas jemputan tersebut dan berharap kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
_______________________________________
Report by Nur Fatin Amirah Ahmad Amri
Executive, Conservation and Sustainability
The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) received an invitation from King Henry VIII College to participate in its Science Week programme, held at the college’s campus in Cyberjaya on 10 February 2026.
The invitation followed MPOGCF’s successful collaboration in the Edupalm 2025: Palm Oil Familiarisation for Educators programme, organised by the Malaysian Palm Oil Council (MPOC) last year. The Science Week programme aimed to expose students aged 12 to 18 to real-life applications of science, with a particular emphasis on biodiversity conservation and environmental sustainability.
In support of these objectives, MPOGCF contributed through a knowledge-sharing session, an educational exhibition booth, and interactive learning activities. Among the highlights that received an enthusiastic response from students was the Bio-D Fun Games, which featured interactive activities such as Palmania, Wildlife Warrior, Victory Shift and Sawit Saga.
The activities were further strengthened through collaboration with facilitators from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), successfully enhancing students’ understanding of biodiversity conservation and the sustainability of the palm oil industry.
This invitation reflects the confidence of educational institutions in MPOGCF’s capability to advance environmental education through creative and accessible approaches. MPOGCF extends its appreciation to King Henry VIII College for the invitation and looks forward to continued collaboration in the future.