Skip to main content
Komitmen MPOGCF terhadap pemuliharaan biodiversiti terus dizahirkan melalui penglibatan sebagai penaja utama Program Taiping Bird Week 2025 yang berlangsung meriah dari 10 hingga 12 Oktober di Dataran Pavilion, Zoo Taiping & Night Safari, Perak.
Sepanjang program tersebut, MPOGCF turut membuka reruai pameran bagi menyokong usaha mempromosi kawasan perlindungan avifauna (burung) selaras dengan komitmen berterusan organisasi dalam pemuliharaan biodiversiti di ladang-ladang sawit di seluruh Malaysia.
Acara berprestij ini telah dirasmikan oleh DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan berjaya menarik lebih 1,200 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, jurugambar, pencinta alam semula jadi serta penduduk tempatan.
Antara aktiviti utama yang mencuri tumpuan ialah Taiping Bird Race, Taiping Photo Run, Hornbill Fun Walk dan Taiping Bird Talk melibatkan penyertaan lebih daripada 200 peserta.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian spesies burung di Malaysia malah turut memperkukuh semangat komuniti dalam usaha bersama memelihara khazanah alam semula jadi negara.