Skip to main content
MPOGCF telah menyertai Sambutan Hari Gajah Sedunia 2025 di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC), Kuala Gandah, Lanchang, Pahang yang berlangsung pada 9 Ogos 2025.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, MPOGCF telah membuka reruai pameran interaktif yang menampilkan aktiviti seperti Mampan Spin, Memory Game, kuiz berkaitan MPOGCF, serta inisiatif beli sambil derma bagi menyokong projek Orang Utan Diplomasi (OuDip).
MPOGCF turut menaja program komuniti seperti senamrobik Zumba for Healthy Life, kempen derma darah, serta penyediaan makan dan minum sepanjang program berlangsung.
Hari Gajah Sedunia atau World Elephant Day (WED) disambut setiap 12 Ogos di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan perlindungan gajah.
Di Malaysia, sambutan ini dianjurkan oleh Jabatan PERHILITAN sejak 2015, dengan NECC dipilih sebagai lokasi utama kerana peranannya sebagai pusat konservasi gajah di Semenanjung Malaysia. Tahun ini, program bertemakan “Gajah Perkasa, Warisan Bangsa”, disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, dengan penglibatan pelbagai rakan korporat termasuk MPOGCF, Nestlé, EXIM Bank dan banyak lagi.