Skip to main content
MPOGCF telah menyertai pameran sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia 2025 pada 2 Ogos 2025 di Zoo Melaka. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Zoo Melaka dan Jabatan PERHILITAN Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz interaktif serta pertunjukan memberi makan kepada harimau kumbang, harimau malaya dan singa.
Selain itu, MPOGCF turut berkongsi mengenai usaha pemuliharaan Harimau Malaya oleh industri sawit Malaysia, yang telah disampaikan oleh Eksekutif Konservasi dan Pemuliharaan, Ahmad ‘Aizat Azuri.