Skip to main content

Social Media Updates

Laporan oleh Nur Fatin Amirah Ahmad AmriEksekutif Pemuliharaan dan KemampananMPOGCF menyertai Program Science Week di King Henry VIII College di kampus mereka di Cyberjaya pada 10 Februari 2026. Jemputan ini berikutan kejayaan kolaborasi MPOGCF dalam program Edupalm 2025: Palm Oil Familiarisation for Educators anjuran Malaysian Palm Oil Council (MPOC) pada tahun lalu Program Science Week bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berusia 12 hingga 18 tahun mengenai aplikasi sains dalam kehidupan sebenar dengan penekanan kepada pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. Bagi menyokong objektif tersebut, MPOGCF telah mengambil bahagian melalui sesi perkongsian, pameran pendidikan serta aktiviti pembelajaran interaktif. Antara tarikan utama yang mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada para pelajar ialah Bio-D Fun Games yang merangkumi permainan interaktif seperti Palmania, Wildlife Warrior, Victory Shift, dan Sawit Saga. Aktiviti ini turut dijayakan dengan kerjasama fasilitator daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berjaya meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pemuliharaan biodiversiti serta kelestarian industri sawit.Jemputan ini menunjukkan keyakinan institusi pendidikan terhadap keupayaan MPOGCF dalam memperkasa pendidikan alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan mudah difahami. MPOGCF merakamkan penghargaan kepada pihak King Henry VIII College atas jemputan tersebut dan berharap kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan._______________________________________Report by Nur Fatin Amirah Ahmad AmriExecutive, Conservation and SustainabilityThe Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) received an invitation from King Henry VIII College to participate in its Science Week programme, held at the college’s campus in Cyberjaya on 10 February 2026.The invitation followed MPOGCF’s successful collaboration in the Edupalm 2025: Palm Oil Familiarisation for Educators programme, organised by the Malaysian Palm Oil Council (MPOC) last year. The Science Week programme aimed to expose students aged 12 to 18 to real-life applications of science, with a particular emphasis on biodiversity conservation and environmental sustainability.In support of these objectives, MPOGCF contributed through a knowledge-sharing session, an educational exhibition booth, and interactive learning activities. Among the highlights that received an enthusiastic response from students was the Bio-D Fun Games, which featured interactive activities such as Palmania, Wildlife Warrior, Victory Shift and Sawit Saga.The activities were further strengthened through collaboration with facilitators from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), successfully enhancing students’ understanding of biodiversity conservation and the sustainability of the palm oil industry.This invitation reflects the confidence of educational institutions in MPOGCF’s capability to advance environmental education through creative and accessible approaches. MPOGCF extends its appreciation to King Henry VIII College for the invitation and looks forward to continued collaboration in the future. ... See MoreSee Less
View on Facebook
Pada hujung minggu yang lalu, MPOGCF telah menyertai Program BUDI Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sri Sulong, Johor.BUDI Agrikomoditi yang dilaksanakan di bawah payung BUDI MADANI menyediakan bantuan subsidi tunai sebanyak RM2,400 setahun bagi membantu meringankan kos operasi pekebun kecil.Selain urusan permohonan bantuan, pelbagai sesi taklimat telah diadakan antaranya penerangan mengenai BUDI MADANI (Budi Agrikomoditi Sektor Perladangan), TVET Agrikomoditi, pensijilan MSPO, inisiatif penanaman semula, serta perkembangan utama sektor agrikomoditi yang lain.Program ini telah disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, diiringi oleh Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd. Fared Haji Mohd Khalid.___________________Over the past weekend, MPOGCF participated in the BUDI Agrikomoditi Programme organised by the Ministry of Plantation and Commodities (KPK), held at Dewan Serbaguna Sri Sulong, Johor.BUDI Agrikomoditi, implemented under the BUDI MADANI umbrella, provides a cash subsidy assistance of RM2,400 per year to help reduce the operating costs of smallholders.In addition to the subsidy application process, various briefing sessions were conducted, including an overview of BUDI MADANI (BUDI Agrikomoditi for the Plantation Sector), Agrikomoditi TVET, MSPO certification, replanting initiatives, as well as other key developments in the agrikomoditi sector.The programme was officiated by the Minister of Plantation and Commodities, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, accompanied by the Secretary-General of KPK, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, and the Chairman of the Johor State Islamic Religious Affairs Committee, YB Tuan Haji Mohd. Fared Haji Mohd Khalid. ... See MoreSee Less
View on Facebook
🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak🌙Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak 1447H kepada seluruh umat Islam. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keampunan dan keberkatan dalam setiap amalan kita.Ikhlas daripada Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation.#RamadanMubarak #ramadan2026 ... See MoreSee Less
View on Facebook
Happy Chinese New Year! 🧧🎉Wishing everyone a joyful and prosperous Lunar New Year May all wishes be granted, year be blessed with good health, happiness, and abundance. 🐎✨Gong Xi Fa Cai! 新年快乐! ... See MoreSee Less
View on Facebook
Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) akan melaksanakan projek konservasi hutan di Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) di Kelantan yang melibatkan penghutanan semula kawasan terosot seluas 10.5 hektar di Hutan Simpanan Chabang Tongkat, Machang. Inisiatif ini bertujuan menghubungkan semula hutan-hutan yang terpisah di Semenanjung Malaysia serta meningkatkan populasi hidupan liar yang terancam.Projek ini dirancang selama lima tahun dan dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu Fasa Penanaman serta Fasa Penjagaan dan Rawatan Pokok. Sebanyak 3,262 anak pokok daripada 25 spesies hutan, termasuk petai, cerupu, terap dan rambutan akan ditanam. Inisiatif ini bukan sahaja memulihkan ekosistem hutan malah menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti, kestabilan habitat hidupan liar dan kelestarian alam sekitar._______________________________________The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) will undertake a forest conservation project within the Central Forest Spine (CFS) ecological network in Kelantan involving the reforestation of 10.5 hectares of degraded land in the Chabang Tongkat Forest Reserve, Machang. This initiative aims to reconnect fragmented forest areas across Peninsular Malaysia and enhance the population of endangered wildlife species.The project is expected to run for five years and will be implemented in two main phases: the Planting Phase and the Tree Maintenance and Treatment Phase. A total of 3,262 saplings representing 25 forest species including 𝑝𝑒𝑡𝑎𝑖, 𝑐𝑒𝑟𝑢𝑝𝑢, 𝑡𝑒𝑟𝑎𝑝 𝑎𝑛𝑑 𝑟𝑎𝑚𝑏𝑢𝑡𝑎𝑛 will be planted. Beyond restoring forest ecosystems the initiative will also contribute to biodiversity conservation, habitat stability for wildlife and overall environmental sustainability.@top fansKementerian Perladangan dan Komoditi - KPKJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia#CentralForestSpine #SustainablePalmOil #mpogreen ... See MoreSee Less
View on Facebook
Laporan oleh Ts. Daniel PaminEksekutif Jabatan Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF telah mengadakan lawatan kerja bagi Projek ‘The Forest Rehabilitation of Orangutan Habitat at Lower Kawag, Ulu Segama Malua Forest Reserve, Lahad Datu', di Sandakan pada 9 Februari 2026.Antara agenda lawatan tersebut termasuk mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah (SFD), Tuan Indra Purwandita H. Sunjoto sambil disertai oleh Ketua Bahagian Perancangan Sektor Hutan, Rosila Anthony; Pegawai Perhutanan (Daerah Ulu-Segama Malua), Jackly Ambrose; dan Pemelihara Hutan, Fong Pek Yee. Manakala MPOGCF telah diwakili oleh Pengurus Besar, Hairulazim Mahmud; Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan, Ahmad Shahdan Kasim dan Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan, Daniel Pamin.SFD menerangkan kawasan terjejas yang ditanam dengan beberapa spesis tempatan pokok perintis (seperti pokok Talisai, Binuang dan Laran) sejak tahun 2019 telah menampakkan pertumbuhan memberangsangkan selain pertumbuhan positif bagi penanaman anak pokok spesis Dipterocarp (kayu keras) seperti Kapur dan Seraya. Ini membuktikan bahawa dengan aplikasi kaedah dan kriteria penanaman serta penyelenggaraan yang sistematik mampu memulihkan kawasan hutan yang terosot.Penanaman Fasa 2 yang melibatkan keluasan 200 hektar turut menerima pengiktirafan dari pihak audit antarabangsa Preferred by Nature (PbN), setelah memenuhi syarat pematuhan ‘Ecosystem Restoration Field Verification Standard V3.1). Sijil pengesahan ini adalah sah bagi tempoh 5 tahun (Nov 2024 – Nov 2029). Syarat pemberian sijil turut melibatkan aktiviti audit dijalankan setahun sekali bagi memastikan pematuhan kriteria di sepanjang tempoh 5 tahun.Di dalam lawatan ke Komuniti Nurseri Kg Tampenau, MPOGCF juga dimaklumkan mengenai hasrat komuniti tersebut untuk terus memberi sokongan berterusan kepada projek ini. Lawatan yang dibuat ke beberapa buah rumah komuniti Nurseri turut menunjukkan plot nurseri masing-masing dengan anak pokok yang ditanam.________________________________________Prepared by Ts. Daniel PaminExecutive, Conservation and Sustainability The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) conducted a working visit for the Forest Rehabilitation of Orangutan Habitat at Lower Kawag, Ulu Segama Malua Forest Reserve project in Sandakan on 9 February 2026. The project site is located within the Ulu Segama Malua Forest Reserve, near Lahad Datu.One of the key agendas of the visit was the Technical Committee Meeting, which was chaired by the Deputy Chief Conservator of Forests of the Sabah Forestry Department, Indra Purwandita H. Sunjoto. The meeting was attended by Rosila Anthony, Head of Forest Sector Planning Division; Jackly Ambrose, Forestry Officer (Ulu Segama Malua District); and Fong Pek Yee, Forest Conservator.MPOGCF was represented by Hairulazim Mahmud, General Manager; Ahmad Shahdan Kasim, Conservation and Sustainability Manager; and Daniel Pamin, Conservation and Sustainability Executive.During the briefing, SFD explained that degraded areas planted since 2019 with several local pioneer species such as Talisai, Binuang, and Laran have shown encouraging growth. Positive progress was also observed in the planting of Dipterocarp hardwood species, including Kapur and Seraya. This demonstrates that systematic planting methods, proper criteria, and consistent maintenance are effective in restoring degraded forest areas.Phase 2 of the planting programme, covering 200 hectares, has also received recognition from the international audit body Preferred by Nature after meeting the requirements of the Ecosystem Restoration Field Verification Standard V3.1. The certification is valid for five years (November 2024 – November 2029), with annual audits required to ensure continued compliance throughout the certification period.During a visit to the community nursery in Kampung Tampenau, MPOGCF was also informed of the community’s commitment to continue supporting the project. Visits to several nursery households further demonstrated the community’s active participation, with each household maintaining its own nursery plots and seedlings. ... See MoreSee Less
View on Facebook
MPOGCF akan berada di Program Budi Agrikomoditi di Parit Sulong. Ayuh datang memeriahkan majlis!Program Budi Agrikomoditi, Kementerian Perladangan dan Komoditi kembali lagi!Kali ini kami akan ke Parit Sulong, Johor untuk bertemu masyarakat setempat dan pekebun kecil bagi berkongsi maklumat secara terus berkaitan inisiatif sektor agrikomoditi.Antara pengisian yang disediakan termasuk taklimat BUDI MADANI (Budi Agrikomoditi Sektor Perladangan), Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO), Penanaman Semula Sawit serta TVET Agrikomoditi.📍 Dewan Serbaguna Sri Sulong, Parit Sulong📅 15 Februari 2026 (Ahad)⏰ 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hariJumpa anda di sana! #MalaysiaMADANI#BUDIAGRIKOMODITI#MyKomoditi#KPK ... See MoreSee Less
View on Facebook
Satu kajian saintifik terkini yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Farah Shafawati Mohd-Taib dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Green Foundation (MPOGCF) membuktikan peranan penting burung pemakan serangga dalam mengawal perosak di ladang sawit. Kajian bertajuk “DNA metabarcoding confirms Copsychus saularis, the common insectivorous species in oil palm plantations as biological control of ground-dwelling insect pests” yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports menggunakan teknologi DNA moden untuk mengenal pasti serangga yang dimakan burung melalui analisis najis, kaedah yang lebih tepat berbanding pemerhatian visual. Hasil kajian menunjukkan Murai Kampung berfungsi sebagai agen kawalan biologi perosak semula jadi, sekali gus menyokong pengurusan perosak yang mampan dan membuka laluan ke arah industri sawit Malaysia yang lebih lestari serta berdaya saing di peringkat global.--------------------------------------A recent scientific study led by Associate Professor Dr. Farah Shafawati Mohd-Taib from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), in collaboration with the Malaysian Palm Oil Green Foundation (MPOGCF), has demonstrated the important role of insectivorous birds in controlling pests in oil palm plantations. The study, titled "DNA metabarcoding confirms Copsychus saularis, the common insectivorous species in oil palm plantations as biological control of ground-dwelling insect pests” and published in the journal *Scientific Reports, employed modern DNA technology to identify the insects consumed by birds through faecal sample analysis, a method that is more accurate than visual observation alone.The findings show that the Oriental Magpie-Robin (Murai Kampung) acts as a natural biological control agent, supporting sustainable pest management and paving the way towards a more sustainable and globally competitive Malaysian palm oil industry.#sustainablepalmoil#MPOGreen#MuraiKampungKementerian Perladangan dan Komoditi - KPKJabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ... See MoreSee Less
View on Facebook
Laporan disediakan oleh Zalifah RamliEksekutif Kanan, Jabatan Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF telah dijemput sebagai pemerhati bagi program “MSPO-Endorsed Lead Assessor Training for MPOB Officers” yang berlangsung pada 19 hingga 23 Januari 2026 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Program yang disertai 72 pegawai dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini merupakan projek perintis bertujuan membangunkan kaedah serta teknik penilaian High Conservation Value (HCV) yang mematuhi piawaian dan selaras dengan keperluan pensijilan MSPO 2.0, khususnya bagi pelaksanaan penilaian HCV secara dalaman oleh MPOB dan MSPO.MPOGCF diwakili Eksekutif Kanan Pemuliharaan dan Kemampanan, Zalifah Ramli dan Eksekutif Pemuliharaan dan Kemampanan, Dr. Nur Fatin Khodri. Antara aktiviti utama program termasuk pembentangan teknikal oleh pihak MSPO, penerangan berkaitan penggunaan peta dan sistem pemetaan oleh pasukan GIS MPOB, serta latihan penilaian biodiversiti dan HCV di kebun sawit pekebun kecil. Peserta turut diberi tunjuk ajar penyediaan laporan penilaian HCV secara lengkap sebelum membentangkan hasil penilaian mengikut kumpulan.Penyertaan MPOGCF sebagai pemerhati memberi peluang untuk memahami pendekatan latihan Lead Assessor yang diiktiraf MSPO, menilai keberkesanan metodologi penilaian HCV serta mengenal pasti potensi penambahbaikan dan kerjasama strategik dalam pembangunan kapasiti serta pemuliharaan biodiversiti. Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara MPOGCF, MSPO, MPOB dan pihak berkepentingan ke arah pelaksanaan penilaian HCV yang lebih sistematik, berintegriti dan menyokong kelestarian industri sawit Malaysia._____________________Report prepared by Zalifah RamliSenior Executive, Conservation and Sustainability DepartmentMPOGCF was invited as an observer for the programme titled “MSPO-Endorsed Lead Assessor Training for MPOB Officers”, which was held from 19 to 23 January 2026 at Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor.The programme, attended by 72 officers from the Malaysian Palm Oil Board (MPOB), is a pilot project aimed at developing High Conservation Value (HCV) assessment methods and techniques that comply with recognised standards and align with the requirements of MSPO 2.0 certification, particularly for the implementation of internal HCV assessments by MPOB and MSPO.MPOGCF was represented by the Senior Conservation and Sustainability Executive, Ms. Zalifah Ramli, and the Conservation and Sustainability Executive, Dr. Nur Fatin Khodri.Key activities of the programme included technical presentations by MSPO, briefings on the use of maps and mapping systems by MPOB’s GIS team, as well as biodiversity and HCV assessment training at smallholder oil palm plots.Participants were also guided on the preparation of comprehensive HCV assessment reports prior to presenting their assessment findings in groups.MPOGCF’s participation as an observer provided an opportunity to gain insights into the MSPO-endorsed Lead Assessor training approach, assess the effectiveness of the HCV assessment methodology, and identify potential areas for improvement and strategic collaboration in capacity building and biodiversity conservation.The programme is expected to strengthen collaboration among MPOGCF, MSPO, MPOB and relevant stakeholders towards the implementation of more systematic and credible HCV assessments that support the sustainability of Malaysia’s palm oil industry. ... See MoreSee Less
View on Facebook
Laporan disediakan oleh Zalifah RamliEksekutif Kanan Jabatan Pemuliharaan dan KemampananMPOGCF telah mengadakan sesi perbincangan bersama Yayasan Pahang bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang pemuliharaan biodiversiti serta pengurusan landskap mampan di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan pada 4 Februari 2026.Kerjasama ini mencerminkan komitmen MPOGCF dan Yayasan Pahang dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi menangani isu pemuliharaan biodiversiti, khususnya berkaitan konflik manusia dan hidupan liar dalam landskap perladangan kelapa sawit. Sesi perbincangan dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi. Turut hadir, Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud; Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF, Ahmad Shahdan Kasim; Ketua Pegawai Eksekutif YP Plantation Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Muhamad Fairuz Kamal Mat Noh; Pengurus Besar YP Hevea Sdn. Bhd., Mohd Khairul Izwan Mohd Zan; serta Penolong Pengarah Kanan PERHILITAN, Norfariza Mohd Khalid.Lawatan kerja ke Ladang YP Hevea Kuala Sat turut diadakan bagi meninjau kawasan koridor gajah di lokasi berkenaan. Lawatan ini turut disertai Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan dan Dr. Wan Nor Fitri dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka ini akan terlibat dalam kerjasama ini dan bertanggunjawab memberikan pandangan akademik serta input teknikal berkaitan usaha pemuliharaan biodiversiti.MPOGCF berharap hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek bersama yang mampan dan berimpak tinggi, sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan ekosistem negara.__________________________Report prepared by Zalifah RamliSenior Executive, Conservation and Sustainability DepartmentMPOGCF held a discussion session with Yayasan Pahang at the Yayasan Pahang Complex in Kuantan on 4 February 2026 to explore potential strategic collaboration in biodiversity conservation and sustainable landscape management.This collaboration reflects the shared commitment of MPOGCF and Yayasan Pahang to strengthen strategic partnerships in addressing biodiversity conservation issues, particularly those related to human-wildlife conflict within oil palm plantation landscapes.The discussion session was chaired by the Chief Executive Officer of Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi. Also in attendance were MPOGCF General Manager, Mr. Hairulazim Mahmud; MPOGCF Conservation and Sustainability Manager, Mr. Ahmad Shahdan Kasim; Chief Executive Officer of YP Plantation Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Muhamad Fairuz Kamal Mat Noh; General Manager of YP Hevea Sdn. Bhd., Mr. Mohd Khairul Izwan Mohd Zan; as well as the Senior Assistant Director of PERHILITAN, Ms. Norfariza Mohd Khalid.A working visit to YP Hevea Kuala Sat Estate was also conducted to observe the elephant corridor area at the site.The visit was joined by Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan and Dr. Wan Nor Fitri from Universiti Putra Malaysia (UPM). They will be involved in this collaboration and will be responsible for providing academic perspectives and technical input related to biodiversity conservation efforts.MPOGCF hopes that the outcomes of this discussion can be translated into the implementation of sustainable and high-impact joint projects, ultimately contributing to environmental sustainability and the well-being of the nation’s ecosystems. ... See MoreSee Less
View on Facebook
MPOGCF is delighted to present the January 2026 edition of highlights.Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK ... See MoreSee Less
View on Facebook
Kewujudan ladang kelapa sawit di negara ini tidak mengancam populasi orang utan, sebaliknya mamalia itu menunjukkan keupayaan untuk beradaptasi dan hidup dalam landskap perladangan. Realiti sebenar adalah berbeza apabila kajian saintifik mendapati orang utan di Malaysia bukan sahaja menggunakan kawasan ladang sebagai laluan pergerakan, malah membina sarang serta mencari makanan di persekitaran berkenaanBaca temu bual penuh bersama Hairulazim Mahmud, Pengurus Besar MPOGCF di sini > l1nq.com/BERNAMA Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK ... See MoreSee Less
View on Facebook
Wishing all Hindus who are celebrating Thaipusam have a Happy Thaipusam and Happy Holiday! ... See MoreSee Less
View on Facebook
Laporan oleh Nur Fatin Amirah Ahmad AmriEksekutif Jabatan Pemuliharaan dan Kemampanan MPOGCF telah menjalankan pemantauan projek kajian di FELDA Bersia, Gerik bagi meninjau kerja lapangan fasa kedua oleh penyelidik UiTM bermula 26 Januari yang lepas.Kajian selama 3 hari ini melibatkan pemantauan kepelbagaian flora dan fauna di tiga zon ladang sawit iaitu kawasan bersebelahan hutan, kawasan tengah ladang dan kawasan pinggir ladang. Fokus kajian merangkumi epifit dan understory vegetation serta fauna seperti invertebrata, mamalia kecil dan burung.Sepanjang pemantauan, lebih 200 ekor kelawar telah direkodkan, melibatkan tiga spesies kelawar pemakan buah iaitu Horsfield’s Fruit Bat (Cynopterus horsfieldii), Greater Short-nosed Fruit Bat (Cynopterus sphinx) dan Cave Nectar Bat (Eonycteris spelaea). Pelbagai kaedah pensampelan telah digunakan termasuk perangkap kamera, perangkap sangkar dan mist net di ketiga-tiga lokasi kajian.Selain itu, pemantauan turut merekodkan beberapa spesies burung seperti Blue-eared Kingfisher (Alcedo meninting), Abbott’s Babbler (Malacocincla abbotti) dan Malaysian Blue Flycatcher (Cyornis turcosus). Melalui penggunaan perangkap kamera, kehadiran fauna lain seperti Wild Boar (Sus scrofa) dan Red Junglefowl (Gallus gallus) turut direkodkan.Dari segi flora, spesies tumbuhan bawah teduhan yang dikenal pasti termasuk Chamber Bitter (Phyllanthus urinaria), Broad-leaf Maidenhair Fern (Adiantum latifolium), dan Forest Diplazium Fern (Diplazium accedens). Manakala spesies epifit yang direkodkan merangkumi Bird’s Nest Fern (Asplenium nidus), Oak Leaf Fern (Drynaria quercifolia) dan Giant Sword Fern (Nephrolepis biserrata).Kajian ini dijangka dapat menyokong bukti bahawa pengekalan epifit dan understory vegetations dalam ladang sawit berpotensi meningkatkan biodiversiti serta menyokong amalan pertanian yang lebih mampan.__________________________________Report by Nur Fatin Amirah Ahmad AmriExecutive, Conservation and Sustainability DepartmentThe Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) recently conducted monitoring of a research project at FELDA Bersia, Gerik, to observe the second phase of fieldwork carried out by UiTM researchers, which began on 26 January.This three-day study involved monitoring the diversity of flora and fauna across three zones of the oil palm plantation: the forest-adjacent area, the central plantation, and the plantation edge. The research focused on epiphytic and understory vegetation, as well as fauna such as invertebrates, small mammals, and birds.During the monitoring period, more than 200 bats were recorded, representing three fruit-eating species: Horsfield’s Fruit Bat (Cynopterus horsfieldii), Greater Short-nosed Fruit Bat (Cynopterus sphinx), and Cave Nectar Bat (Eonycteris spelaea). Various sampling methods were employed, including camera traps, cage traps, and mist nets across all three research sites.Several bird species were also recorded, including the Blue-eared Kingfisher (Alcedo meninting), Abbott’s Babbler (Malacocincla abbotti), and Malaysian Blue Flycatcher (Cyornis turcosus). Camera traps additionally captured other wildlife, such as Wild Boar (Sus scrofa) and Red Junglefowl (Gallus gallus).In terms of flora, identified understory species included Chamber Bitter (Phyllanthus urinaria), Broad-leaf Maidenhair Fern (Adiantum latifolium), and Forest Diplazium Fern (Diplazium accedens). Recorded epiphytic species included Bird’s Nest Fern (Asplenium nidus), Oak Leaf Fern (Drynaria quercifolia), and Giant Sword Fern (Nephrolepis biserrata).This study is expected to provide evidence that the conservation of epiphytic and understory vegetation within oil palm plantations can enhance biodiversity and support more sustainable agricultural practices.Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK ... See MoreSee Less
View on Facebook
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa pembangunan industri sawit negara perlu dilaksanakan secara seimbang dengan usaha pemuliharaan biodiversiti bagi memastikan sektor komoditi itu kekal lestari serta berdaya saing di peringkat global.Keseimbangan antara kepentingan ekonomi dan penjagaan alam sekitar adalah penting bagi memastikan industri sawit Malaysia terus diterima dalam pasaran antarabangsa. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif pemuliharaan telah dilaksanakan di peringkat lapangan melalui Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).Sumber: Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK#MalaysiaMadani#MyKomoditi#KPK#RancakkanMADANIKementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa pembangunan industri sawit negara perlu dilaksanakan secara seimbang dengan usaha pemuliharaan biodiversiti bagi memastikan sektor komoditi itu kekal lestari serta berdaya saing di peringkat global.Keseimbangan antara kepentingan ekonomi dan penjagaan alam sekitar adalah penting bagi memastikan industri sawit Malaysia terus diterima dalam pasaran antarabangsa. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif pemuliharaan telah dilaksanakan di peringkat lapangan melalui Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).#MalaysiaMADANI#MyKomoditi#KPK#RancakkanMADANI ... See MoreSee Less
View on Facebook
Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago (BISS), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan kerjasama Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan dan Hala Tuju Strategik Industri Sawit Negara pada 27 dan 28 Januari 2026.Bengkel ini berfungsi sebagai platform strategik bagi mengenal pasti jurang dasar dan isu pelaksanaan, serta merangka cadangan penambahbaikan secara bersepadu ke arah pengukuhan daya saing dan kemampanan industri sawit negara. Ia turut bertujuan memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara kementerian dan agensi berkaitan.Fokus perbincangan merangkumi empat kluster utama iaitu kemampanan, pemerkasaan pekebun kecil, pasaran dan peningkatan produktiviti, serta pembangunan masa hadapan industri sawit termasuk pengukuhan sektor hiliran dan penerokaan peluang baharu seperti kredit karbon.Majlis penutup yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) KPK, Dato’ Razali Mohamad, menegaskan kepentingan penyelarasan dasar secara menyeluruh antara kementerian, agensi dan industri bagi memastikan sektor sawit negara kekal mampan, berdaya saing dan relevan dalam menghadapi cabaran global serta keperluan pasaran masa hadapan.Bengkel ini turut dihadiri oleh pegawai KPK termasuk BISS, serta wakil agensi termasuk Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parvez Hj. Ghulam Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Belvinder Sron; Ketua Pegawai Eksekutif MSPO, Mohamed Hafizin Mohamed Tajudin; dan Pengurus Besar Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF), Hairulazim Mahmud._____________The Palm Oil and Sago Industry Development Division (BISS), Ministry of Plantation and Commodities (KPK), in collaboration with Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO), organised the National Palm Oil Industry Policy Alignment and Strategic Direction Workshop on 27 and 28 January 2026.The workshop served as a strategic platform to identify policy gaps and implementation challenges, as well as to formulate integrated improvement recommendations aimed at strengthening the competitiveness and sustainability of the national palm oil industry. It also sought to enhance coordination and collaboration between the ministry and relevant agencies.Discussions focused on four key clusters, namely sustainability, smallholder empowerment, market development and productivity enhancement, as well as the future development of the palm oil industry, including strengthening the downstream sector and exploring new opportunities such as carbon credits.The closing ceremony, officiated by the Deputy Secretary-General (Plantation and Commodities) of KPK, Dato’ Razali Mohamad, underscored the importance of comprehensive policy alignment among ministries, agencies and industry players to ensure that the national palm oil sector remains sustainable, competitive and relevant in addressing global challenges and future market demands.The workshop was also attended by officers from KPK, including BISS, as well as representatives from related agencies, including the Director-General of the Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parvez Hj. Ghulam Kadir; Chief Executive Officer of the Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Belvinder Sron; Chief Executive Officer of MSPO, Mohamed Hafizin Mohamed Tajudin; and the General Manager of the Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF), Hairulazim Mahmud. ... See MoreSee Less
View on Facebook
Ketahui impak projek yang memupuk keharmonian antara Manusia-Gajah di Sg. Ara, Kota Tinggi kerjasama EF, MPOB & MPOGCF. Projek ini melibatkan latihan komuniti, penggunaan teknologi seperti dron dan logger, serta pengukuhan pagar elektrik untuk melindungi ladang tanpa mencederakan gajah.Langkah ini bukan saja meningkatkan keselamatan, malah menyemai kefahaman dan toleransi antara manusia dan hidupan liar.----------------------------------Discover the impact of a project fostering harmonious coexistence between humans and elephants in Sg. Ara, Kota Tinggi a collaborative effort by EF, MPOB, and MPOGCF.This initiative involves community training, the use of technology such as drones and loggers, and the reinforcement of electric fences to protect plantations without harming elephants.These efforts not only enhance safety but also cultivate understanding and tolerance between people and wildlife.#ManusiaGajahBersama #Konservasi #SungaiAra #MPOGCF #EFMalaysia MPOB@top fansKementerian Perladangan dan Komoditi - KPKMalaysian Palm Oil Board - MPOBEarthworm Foundation ... See MoreSee Less
View on Facebook
View on Facebook
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata sektor minyak sawit negara kekal berdaya tahan sepanjang 2025 walaupun berdepan cabaran persekitaran global, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai tonggak utama ekonomi agrikomoditi Malaysia. Menurut beliau, prestasi itu disokong peningkatan harga purata minyak sawit mentah (MSM) kepada RM4,292 setan metrik pada 2025 berbanding RM4,179 setan metrik pada 2024, selain pengeluaran MSM yang menghampiri 20 juta tan serta hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit yang dijangka melebihi RM100 bilion.Beliau menegaskan daya saing industri sawit pada masa hadapan bergantung kepada peningkatan produktiviti, pengukuhan jaminan kelestarian dan penggunaan inovasi secara lebih pantas, termasuk kecekapan pengurusan sumber serta penanaman semula yang lebih proaktif. Sehubungan itu, Datuk Seri Dr. Noraini memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM100 juta melalui Belanjawan 2026 bagi Skim Insentif Pembiayaan Penanaman Semula Pekebun Kecil Sawit sebagai usaha memastikan kesinambungan bekalan dan produktiviti jangka panjang industri.Sumber: Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK#MalaysiaMadani#MyKomoditi#KPK#MADANIBekerjaMenteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata sektor minyak sawit negara kekal berdaya tahan sepanjang 2025 walaupun berdepan cabaran persekitaran global, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai tonggak utama ekonomi agrikomoditi Malaysia. Menurut beliau, prestasi itu disokong peningkatan harga purata minyak sawit mentah (MSM) kepada RM4,292 setan metrik pada 2025 berbanding RM4,179 setan metrik pada 2024, selain pengeluaran MSM yang menghampiri 20 juta tan serta hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit yang dijangka melebihi RM100 bilion.Beliau menegaskan daya saing industri sawit pada masa hadapan bergantung kepada peningkatan produktiviti, pengukuhan jaminan kelestarian dan penggunaan inovasi secara lebih pantas, termasuk kecekapan pengurusan sumber serta penanaman semula yang lebih proaktif. Sehubungan itu, Datuk Seri Dr. Noraini memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM100 juta melalui Belanjawan 2026 bagi Skim Insentif Pembiayaan Penanaman Semula Pekebun Kecil Sawit sebagai usaha memastikan kesinambungan bekalan dan produktiviti jangka panjang industri.#MalaysiaMADANI#MyKomoditi#KPK#MADANIBekerja ... See MoreSee Less
View on Facebook
Pihak Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) telah memberi sumbangan 10 buah perangkap kamera yang telah digunakan dalam kajian terdahulu kepada pensyarah kanan Jabatan Biologi, Profesor Madya Dr. Syakirah Samsudin, yang merupakan ahli kepada Centre for Biodiversity and Conservation (CeBEC) dalam Majlis Penyerahan Perangkap Kamera MPOGCF di UPSI Edu-Forest.Berita penuh disini: shorturl.at/A8Fd1 ... See MoreSee Less
View on Facebook
MPOGCF telah menyumbangkan 10 unit perangkap kamera kepada Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 20 Januari 2026.Penyerahan perangkap kamera itu disampaikan oleh Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud kepada kepada Dekan Fakulti Sains dan Matematik UPSI, Profesor Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah di kampus induk UPSI, Tanjung Malim. Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Pemuliharaan dan Kemampanan, MPOGCF, Ahmad Shahdan Kasim; Timbalan Dekan, Dr Fatimah Azzahra Ahmad Rashid; dan Pengarah Program, Profesor Madya Dr. Syakirah Samsudin.Hairulazim berkata, peralatan tersebut akan digunakan untuk memantau kepelbagaian mamalia kecil bagi menyokong agenda kelestarian alam sekitar negara. Katanya, inisiatif ini membuktikan komitmen MPOGCF dalam menyokong penyelidikan berasaskan sains dan pemantauan biodiversiti jangka panjang. Beliau turut menekankan kolaborasi bersama institusi pengajian tinggi seperti UPSI amat penting dalam membentuk generasi masa hadapan yang lebih cakna kepada kelestarian biodiversiti negara.Perangkap kamera yang disumbangkan ini pernah digunakan oleh pasukan penyelidik UKM untuk kajian biodiversiti dalam lanskap kelapa sawit._____________________________________________The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) contributed ten (10) units of camera traps to the Faculty of Science and Mathematics, Sultan Idris Education University (UPSI) on 20 January 2026.The handover ceremony was officiated by MPOGCF General Manager, Hairulazim Mahmud, who presented the camera traps to the Dean of the Faculty of Science and Mathematics, UPSI, Professor Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, at UPSI’s main campus in Tanjung Malim. Also present at the ceremony were MPOGCF Manager of Conservation and Sustainability, Ahmad Shahdan Kasim; Deputy Dean, Dr. Fatimah Azzahra Ahmad Rashid; and Programme Director, Associate Professor Dr. Syakirah Samsudin.In his remarks, Hairulazim stated that the equipment will be utilised to monitor small mammal diversity as part of efforts to support the nation’s environmental sustainability agenda. He noted that the initiative reflects MPOGCF’s continued commitment to supporting science-based research and long-term biodiversity monitoring.He further emphasised that collaboration with institutions of higher learning such as UPSI is crucial in nurturing future generations who are more aware of and committed to the conservation of the country’s biodiversity.The camera traps contributed by MPOGCF were previously used by a research team from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in biodiversity studies conducted within oil palm landscapes.Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPKMalaysian Palm Oil Board - MPOBUniversiti Pendidikan Sultan IdrisFaculty of Science and Mathematics - FSM, UPSI ... See MoreSee Less
View on Facebook
20 JANUARI 2026 | PARLIMENKPK KOMITED PASTIKAN INDUSTRI SAWIT KEKAL STABIL, BERDAYA SAING DAN MAMPANMenteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kekal komited memastikan industri sawit negara terus stabil, berdaya saing dan mampan selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2021–2030. Antara fokus utama Kementerian ialah peningkatan produktiviti melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemindahan teknologi, automasi dan mekanisasi, penjanaan nilai tambah produk hiliran sawit serta sokongan berterusan kepada pekebun kecil termasuk pelaksanaan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0.Dalam aspek kemampanan dan pasaran, Kementerian turut memperkukuh pematuhan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui pelaksanaan MSPO 2.0 serta pembangunan Sistem Kebolehjejakan Nasional (SKN) Komoditi Sawit. Pada masa yang sama, usaha pengembangan pasaran eksport terus dipertingkatkan melalui kepelbagaian pasaran baharu berpotensi tinggi yang kini menyumbang kira-kira 50 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada tahun 2025, di samping pengukuhan kerjasama antarabangsa menerusi penubuhan Palm Oil Research and Technical Service Institute of MPOB (PORTSIM) di Shanghai.#MalaysiaMADANI#MyKomoditi#KPKMalaysian Palm Oil Board - MPOBMalaysian Sustainable Palm Oil - MSPO ... See MoreSee Less
View on Facebook
Dalam MSPO 2.0, Kawasan Nilai Pemuliharaan Tinggi (High Conservation Value, HCV) merupakan komponen penting bagi memastikan kawasan yang mempunyai kepentingan biologi, ekologi, sosial dan budaya yang kritikal dikenal pasti, dilindungi serta tidak dimajukan untuk penanaman kelapa sawit. Pelaksanaan HCV bertujuan memperkukuh kemampanan industri sawit, melindungi biodiversiti, serta memenuhi piawaian antarabangsa bagi menangkis kritikan terhadap minyak sawit Malaysia. Garis panduan penilaian HCV kini disediakan secara rasmi di bawah MSPO._________________________Under MSPO 2.0, High Conservation Value (HCV) areas are a key component in ensuring that areas of critical biological, ecological, social, and cultural importance are identified, protected and excluded from oil palm development. The implementation of HCV aims to strengthen sustainability, safeguard biodiversity and meet international standards in addressing criticisms of Malaysian palm oil. Official guidelines for HCV assessment are now provided under MSPO.Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPKMalaysian Palm Oil Board - MPOBMalaysian Sustainable Palm Oil - MSPO ... See MoreSee Less
View on Facebook
MPOGCF telah menyertai Seminar Tinjauan dan Pandangan Ekonomi Minyak Sawit (Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar – R&O 2026) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, YBhg. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), YBhg. Dato’ Razali Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan), Dr. Sharifah Adlina binti Syed Abdullah serta Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud. Seminar R&O anjuran MPOB yang bertemakan “Securing the Future of Palm Oil in a Changing Global Economy” ini telah menghimpunkan lebih 400 peserta terdiri daripada pemain industri, ahli akademik dan penggubal dasar bagi membincangkan prestasi, jangkaan pasaran serta pandangan pakar bagi memastikan industri sawit negara terus mampan, berdaya saing dan relevan dalam ekonomi global yang sentiasa berubah.______________________________________________________MPOGCF participated in the Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar (R&O 2026) organised by the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) in Kuala Lumpur.The opening ceremony was officiated by the Minister of Plantation and Commodities, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, and was also attended by the Secretary-General, YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; the Deputy Secretary-General (Plantation and Commodities), YBhg. Dato’ Razali Mohamad; the Deputy Secretary-General (Strategic Planning and Management), Dr. Sharifah Adlina binti Syed Abdullah; as well as the General Manager of MPOGCF, Hairulazim Mahmud.The R&O Seminar organised by MPOB, themed “Securing the Future of Palm Oil in a Changing Global Economy,”brought together more than 400 participants, comprising industry players, academics and policymakers, to discuss industry performance, market outlooks, and expert perspectives to ensure that the national palm oil industry remains sustainable, competitive, and relevant in an ever-evolving global economy. ... See MoreSee Less
View on Facebook
Pada 6 Januari 2026, berlangsungnya sesi taklimat sektor sawit kepada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad danTimbalan Menteri, Dato’ Sri Huang Tiong di Putrajaya.Sesi taklimat dihadiri Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).Hadir sama ke taklimat tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Dato’ Razali Mohamad; dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan), Dr. Sharifah Adlina Syed Abdullah.Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud telah membentangkan peranan yayasan dan inisiatif pemuliharaan biodiversiti yang dijalankan dengan kerjasama rakan-rakan strategik untuk memperkukuhkan imej kelestarian industri sawit Malaysia dalam menghadapi persaingan global._____________________________________________On 6 January 2026, a palm oil sector briefing was held in Putrajaya for the Minister of Plantation and Commodities, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad and the Deputy Minister, Dato’ Sri Huang Tiong.The briefing was attended by key palm oil agencies namely the Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO and the Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF).Also present were the Secretary-General of the Ministry of Plantation and Commodities, Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof; the Deputy Secretary-General (Plantation and Commodities), Dato’ Razali Mohamad; and the Deputy Secretary-General (Strategic Planning & Management), Dr. Sharifah Adlina Syed Abdullah.During the session, MPOGCF General Manager, Hairulazim Mahmud presented the Foundation’s role and its biodiversity conservation initiatives carried out in collaboration with strategic partners. These efforts aim to strengthen the image of Malaysia’s palm oil industry as sustainable and responsible, particularly in the face of growing global competition.Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPKMalaysian Sustainable Palm Oil - MSPOMalaysian Palm Oil Board - MPOBMalaysian Palm Oil Council ... See MoreSee Less
View on Facebook