Skip to main content
3 September 2025: Tradewinds Plantation Berhad (TPB) menyumbang RM10,000 sebagai sokongan kepada penganjuran Simposium Kebangsaan Konservasi dan Pengurusan Gajah Asia yang bakal dianjurkan pada November ini.
Simposium tiga hari itu akan diadakan di Pahang dianjurkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama MPOGCF.
Kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik dan pemegang taruh dijangka menghadiri simposium ini untuk membincangkan secara komprehensif kaedah mitigasi dan pengurusan gajah bagi mengurangkan konflik atau interaksi negatif manusia-gajah.
Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tradewinds Plantation Berhad (TPB), Fairuz Ismail kepada Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud sempena Seminar Konflik Manusia-Gajah anjuran TPB di Kuala Lumpur.
Seminar itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengurus ladang TPB mengenai isu konflik manusia-gajah di kawasan ladang sawit serta langkah mitigasi yang boleh dilaksanakan.
Antara penceramah pada seminar itu ialah Abdullah Zawawi dan Mohmd Rizal Paimin dari Jabatan PERHILITAN, Dr. Wong Ee Phin dari Management & Ecology of Malaysian Elephants (MEME), Hazizi Husain dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Dr. Tengku Renalfi Putra Tengku Azizan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).