Skip to main content
MPOGCF berpeluang menyertai Program Sawit Mampan Bersama Komuniti Pekebun Kecil (PSMPK) sebagai pempamer yang berlangsung di Balairaya Taman Chaah, Johor pada 19 Julai 2026. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) dengan kerjasama Solidaridad dan telah dirasmikan oleh Presiden PKPKM, Adzmi Hassan.
Sepanjang program berlangsung, reruai MPOGCF menjadi platform untuk berkongsi pelbagai inisiatif pemuliharaan biodiversiti, perlindungan hidupan liar serta amalan kelestarian yang menyokong pembangunan industri kelapa sawit Malaysia secara mampan. Turut memeriahkan program sebagai pempamer ialah Malaysian Palm Oil Board (MPOB), PERKESO Cawangan Segamat dan Agrobank Cawangan Labis.
Melalui sesi perkongsian yang disampaikan oleh wakil MPOGCF, Wan Afrina Wan Farid turut membentangkan peranan serta pelbagai inisiatif yayasan dalam memperkukuh pemuliharaan biodiversiti dan mempromosikan amalan kelestarian dalam landskap kelapa sawit.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan MPOGCF dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta mengukuhkan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak ke arah pembangunan industri sawit yang lebih lestari dan bertanggungjawab.
MPOGCF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PKPKM atas jemputan yang diberikan serta penganjuran program yang bermakna ini.