Skip to main content
Sukacita dikongsikan bahawa MPOGCF telah menerima 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘃𝗮𝘀𝗶 (𝗔𝗥𝗞) di 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 anjuran Sabah Forestry Department yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu semalam.
Anugerah tersebut disampaikan oleh 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan diiringi oleh 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘃𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻, YBhg. Datuk Frederick Kugan.
Anugerah ini telah diberikan kepada MPOGCF dan juga Malaysian Palm Oil Council sebagai pengiktirafan dan perhargaan terhadap sokongan yang diberikan melalui sumbangan dan komitmen berterusan terhadap agenda konservasi di negeri Sabah.
MPOGCF merupakan rakan konservasi negeri Sabah dengan kerjasama 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 bagi projek 𝗥𝗲𝗵𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗛𝗮𝗯𝗶𝘁𝗮𝘁 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗨𝘁𝗮𝗻 di bawah 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝟭 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗣𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗟𝗼𝘄𝗲𝗿 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗴, 𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗨𝗹𝘂 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗺𝗮.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Perhutanan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah di atas pengiktirafan ini.