Skip to main content
๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐Ÿญ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—™๐˜‚๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—š๐—–๐—™
Sambutan World Orangutan Day (WOD) Fun Run 2026 anjuran Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) di Taman Botani, Putrajaya hari ini telah mencipta rekod tersendiri apabila dihadiri lebih 1,500 peserta dari pelbagai latar belakang sekaligus membuktikan kesedaran awam terhadap usaha pemuliharaan Orang utan semakin mendapat perhatian ramai.
Lebih menarik, larian santai tersebut turut diserikan dengan penyertaan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha kementerian merangkap Pengerusi MPOGCF, YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
โ€œJumlah ini merupakan penyertaan terbesar sejak sambutan ini mula dianjurkan oleh MPOGCF.
โ€œSaya gembira melihat penyertaan daripada keluarga, golongan muda, komuniti setempat, wakil industri dan pencinta alam sekitar.
โ€œYuran penyertaan yang dikutip akan disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Konservasi MPOGCF. Sumbangan ini akan digunakan untuk menyokong usaha pemuliharaan orang utan melalui Program Diplomasi Orang Utan atau OUDip,โ€ kata Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian.
Hadir sama pada majlis perasmian, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, Dr. Ramle Moslim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MSPO, Mohd Hasbollah Suparyono, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah,Mohd Soffian Abu Bakar dan Pengarah Program WOD26, YM Tuan Nazuri Tuan Ismail.
Sambutan Hari Orang utan Sedunia 2026 mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategik MPOGCF termasuk MPOB, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Lembaga Lada Malaysia, (MPB), Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), Jabatan PERHILITAN, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan OrangJUGA.
Sejak diperkenalkan pada 2023, Sambutan Hari Orang utan Sedunia telah menjadi program andalan MPOGCF dalam mendidik masyarakat tentang peranan penting orang utan sebagai spesies penunjuk kesihatan ekosistem serta memupuk kefahaman terhadap kepentingan pembangunan lestari dalam industri sawit.
Melalui sambutan ini, MPOGCF berhasrat untuk terus menghubungkan masyarakat dengan nilai pemuliharaan serta memperkukuh komitmen nasional terhadap usaha melindungi biodiversiti negara.
MPOGCF merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja seperti Kuala Cola, Thomson Hospital, Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd, Decathlon, Great Mateen, Lets Play dan Tourism Malaysia.