Skip to main content
Usaha mengurangkan konflik manusia dan gajah terus diperkukuh di FELDA Lasah, Perak melalui Projek Penghalang Kekal (Permanent Barrier).
Tiga struktur penghalang menggunakan sistem Geobag dibina di Lata Pak Arshad, Yop Azim dan Lata Pak Man yang dikenal pasti sebagai antara laluan kemasukan gajah ke kawasan ladang.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan kemasukan gajah ke kawasan pertanian, malah sesuai digunakan di kawasan sungai yang kurang praktikal untuk pemasangan pagar elektrik serta membantu mengurangkan risiko hakisan tebing.
Projek ini melibatkan 367 peneroka yang mengusahakan kawasan seluas 1,489.50 hektar dan dilaksanakan dengan kerjasama FELDA Lasah, dengan FELDA Plantation Engineering Sdn. Bhd. sebagai Project Management Consultant.
Bagi MPOGCF, usaha seperti ini penting dalam mencari penyelesaian yang praktikal dan mampan supaya komuniti, aktiviti pertanian dan hidupan liar dapat terus berkongsi landskap dengan lebih harmoni.
–
ELEPHANT CONFLICT MITIGATION EFFORTS STRENGTHENED AT FELDA LASAH, PERAK
Efforts to mitigate human-elephant conflict continue to be strengthened at FELDA Lasah, Perak through the Permanent Barrier Project.
Three barrier structures using the Geobag system have been constructed at Lata Pak Arshad, Yop Azim and Lata Pak Man which have been identified as key entry points used by elephants to access plantation areas.
This approach not only helps reduce elephant intrusion into agricultural areas, but is also suitable for riverine locations where the installation of electric fencing may be less practical while helping to minimise the risk of riverbank erosion.
The project involves 367 FELDA settlers covering an area of 1,489.50 hectares and is implemented in collaboration with FELDA Lasah with FELDA Plantation Engineering Sdn. Bhd.serving as the Project Management Consultant.
For MPOGCF, initiatives such as this are important in developing practical and sustainable solutions that enable communities, agricultural activities and wildlife to continue sharing the landscape in greater harmony.