Skip to main content
Burung hantu dalam industri minyak sawit mampan
Penggunaan burung hantu bagi mengawal populasi tikus di ladang sawit merupakan kaedah mesra alam kerana mengurangkan penggunaan racun tikus.
Kawalan biologi ini merupakan amalan mampan kerana tidak mencemarkan alam sekitar dan tidak membawa ancaman keselamatan kepada haiwan lain.
Tiga jenis tikus yang biasa ditemui di ladang sawit ialah tikus belukar, tikus rumah dan tikus sawah.
Burung hantu juga diakui lebih berkesan berbanding kawalan biologi menggunakan ular atau monyet bagi mengawal populasi tikus.
Burung hantu keluar memburu tikus pada waktu malam kerana deria pendengarannya yang sangat tajam dan mampu makan sehingga 2 ekor tikus sehari berbanding ular yang cuma makan tikus seekor seminggu.
Monyet pula tidak praktikal kerana haiwan itu bergerak aktif pada siang hari secara berkumpulan, berpotensi ganas dan boleh mengancam pekerja sehingga menjejaskan kelancaran pengurusan ladang.
Banyak syarikat perladangan utama telah menggunakan burung hantu untuk mengawal tikus dan ternyata kawalan biologi ini berkesan, lebih selamat dan mesra alam.