Skip to main content
Pasukan MPOGCF berada di Kampung Tampenau, Lahad Datu, Sabah hari ini untuk bersama² kru produksi dan memantau proses penggambaran dokumentari bertajuk “Empowering Community Livelihood in Improving Kampung Tampenau Sosioeconomic Status”.
Dokumentari tersebut bertujuan untuk menguar-uarkan kepada orang ramai mengenai inisiatif yang melibatkan komuniti Kampung Tampenau dalam aktiviti pembekalan anak pokok bagi projek Penanaman 1 Juta Pokok : Rehabilitasi Habitat Orangutan yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah di kawasan komuniti nurseri.
Jabatan Perhutanan Sabah juga telah melatih komuniti dalam mendapatkan anak benih yang berkualiti tinggi dan menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk kampung.
Sesi penggambaran hari ini turut melibatkan sesi temu bual di lokasi bersama Pengurus Besar MPOGCF, Encik Hairulazim Mahmud; Pengurus Pemuliharaan MPOGCF, Encik Ahmad Shahdan Kasim dan Eksekutif Pemuliharaan MPOGCF, Daniel Pamin.
Proses penggambaran bermula hari ini dan dijadualkan selesai pada 23 Mac 2024.