Skip to main content

Delegasi Malaysia telah ke Geneva, Switzerland bagi mesyuarat substantif pertama berkaitan tindakan Malaysia terhadap Kesatuan Eropah (EU) berhubung isu diskriminasi industri minyak sawit negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Ravi Muthayah mengetuai delegasi Malaysia.

Pada 15 Januari 2020, Malaysia telah merujuk kepada panel Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kerana tidak berpuas hati dengan alasan diberi EU dalam isu minyak sawit.

EU pada 2018 telah menyekat import minyak sawit buatan Malaysia atas dakwaan konon ladang komoditi itu banyak menjejaskan teruk kelestarian alam sekitar.