Skip to main content
Eksekutif dan staf MPOGCF mengiringi dan memberi penerangan kepada pegawai-pegawai dari Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dan duta-duta muda yang terpilih dalam program lawatan Young ELAEIS ke ladang Sime Darby divisi Lanchang serta Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) di Kuala Gandah dan Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) di Lanchang.
Program Young ELAEIS disertai oleh pempengaruh-pempengaruh muda dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Honduras dan Ghana.
Program itu bertujuan memberi pendedahan tentang landskap industri sawit di Malaysia dan aktiviti pemuliharaan biodiversiti khususnya hidupan liar yang berkaitan industri sawit di Malaysia.