Skip to main content
Forum Biodiversiti anjuran bersama MPOGCF dan Universiti Malaya di Dewan Kuliah 3, Fakulti Sains UM pada 6 Mac 2024 menerima sambutan menggalakkan daripada peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan ahli-ahli akademik serta wakil-wakil industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bertemakan “Green Conservation for a Sustainable Future”, matlamat forum yang pertama kali dianjurkan itu adalah untuk berkongsi maklumat dan perkembangan terkini mengenai aktiviti-aktiviti pemuliharaan termasuk di ladang-ladang sawit.
Program dimulakan dengan ucaptama oleh Dekan Fakulti Sains UM, Prof Dr Zulqarnain Mohamed di mana beliau berkongsi pandangan dan maklumat tentang biodiversiti melibatkan hidupan laut.
Forum berlangsung dalam tiga sesi yang membicarakan pelbagai topik berkaitan pemuliharaan hijau dan juga kepentingannya dalam memastikan kemampanan industri sawit yang berpegang kepada prinsip 3P iaitu People, Profit dan Planet.
Pada program itu, satu memorandum perjanjian (MoA) telah dimeterai antara MPOGCF dan UM yang ditandangani oleh Pengurus Besar MPOGCF, Encik Hairulazim Mahmud dan Dekan Fakulti Sains UM, Prof Dr Zulqarnain Mohamed.
Pameran turut diadakan bagi memeriahkan Hari Biodiversiti oleh MPOGCF, Malaysian Palm Oil Certification Council – MPOCC, FGV Holdings Berhad, Felda Plantation Management Sdn. Bhd. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia