Skip to main content

31 Ogos 1957 detik bersejarah negara kita bebas daripada penjajahan British. Titik awal perubahan kebergantungan ekonomi negara daripada bijih timah dan getah kepada kelapa sawit.

Kelapa sawit telah menjadi industri agrikomoditi yang tersohor dan terpenting kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Masyarakat luar bandar menikmati kemajuan dan kemudahan asas setaraf penduduk bandar.
Industri minyak sawit telah berjaya mewujudkan kestabilan serta mengekalkan keamanan.
Kemampuan mengimbangi keperluan ekonomi dan kelestarian alam sekitar menjadikan industri minyak sawit Malaysia industri yang mampan dan jauh lebih maju ke hadapan.
Marilah kita bersyukur kepada Tuhan dengan anugerah yang diberikan kepada bumi bertuah Malaysia
Minyak sawit penuh kebaikan. Sokong minyak sawit Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan ke-65 daripada MPOGCF.