Skip to main content
Kota Kinabalu – Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) meneruskan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian industri sawit menerusi penganjuran Jelajah Sawit Hijau – Edisi Sabah di Suria Sabah Shopping Mall pada 20 September 2026.
Program ini antara usaha MPOGCF untuk membawa lebih dekat inisiatif pemuliharaan biodiversiti dalam landskap kelapa sawit kepada masyarakat khususnya di Sabah, selaku negeri pengeluar terbesar minyak sawit di Malaysia.
Jelajah Sawit Hijau bertemakan Konservasi Hijau Kunci Sawit Mampan menjadi platform untuk membuktikan bahawa pembangunan ekonomi oleh industri sawit boleh bergerak seiring dengan perlindungan alam sekitar.
Program Jelajah Sawit Hijau Edisi Sabah ini adalah kesinambungan program jelajah yang diadakan tahun lalu di Alor Setar, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Selangor.
Masih mengekalkan gabungan pendidikan dan hiburan atau ‘edutainment’, Jelajah Sawit Hijau Edisi Sabah ini melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan antaranya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sabah Softwoods Berhad, dan Borneo Sun Bear Conservation Centre (BSBCC).
Pelbagai aktiviti disediakan termasuk pameran, kuiz interaktif Kahoot!, pertandingan mewarna yang disertai kira-kira 100 kanak-kanak, AI photo booth, pocket talk, pertandingan Seremban Sawit, cabutan bertuah dan aktiviti lain bertujuan menambah pengetahuan masyarakat mengenai pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian sawit Malaysia.
Tiga personaliti tempatan menghiburkan pengunjung seperti penampilan khas personaliti popular, Daphne Iking yang berkongsi pandangan dalam isu alam sekitar bersama konsultan gajah MPOGCF, Jibius Dausip, penyanyi Wani Kayrie pula membuat persembahan istimewa manakala Atu Zero akan tampil sebagai pengacara majlis.
Melalui Jelajah Sawit Hijau, MPOGCF berharap masyarakat dapat meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta usaha yang dilaksanakan bagi menyokong pembangunan industri sawit Malaysia secara bertanggungjawab dan mampan.
_____
Kota Kinabalu – The Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) continues its efforts to raise public awareness of biodiversity conservation and the sustainability of the palm oil industry through the Jelajah Sawit Hijau – Sabah Edition, held at Suria Sabah Shopping Mall on 20 September 2026.
The programme is part of MPOGCF’s efforts to bring biodiversity conservation initiatives within oil palm landscapes closer to the public, particularly in Sabah, Malaysia’s largest palm oil-producing state.
Themed “Green Conservation, the Key to Sustainable Palm Oil,” Jelajah Sawit Hijau serves as a platform to demonstrate that economic development driven by the palm oil industry can progress alongside environmental protection.
The Jelajah Sawit Hijau – Sabah Edition is a continuation of the outreach programme held last year in Alor Setar, Kuala Terengganu, Johor Bahru and Selangor.
Maintaining its combination of education and entertainment, or “edutainment,” the Sabah Edition brought together government departments and agencies, industry players and non-governmental organisations, including the Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), Sabah Wildlife Department, Sabah Softwoods Berhad and the Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC).
A wide range of activities was organised, including exhibitions, interactive Kahoot! quizzes, a colouring competition involving approximately 100 children, an AI photo booth, pocket talks, the Seremban Sawit competition, lucky draws and other activities aimed at enhancing public knowledge of biodiversity conservation and the sustainability of Malaysia’s palm oil industry.
Three local personalities also added excitement to the programme. Popular personality Daphne Iking made a special appearance and shared her views on environmental issues alongside MPOGCF’s elephant consultant, Jibius Dausip. Singer Wani Kayrie delivered a special performance, while Atu Zero hosted the event.
Through Jelajah Sawit Hijau, MPOGCF hopes to enhance public understanding of the importance of biodiversity conservation and the various efforts being undertaken to support the responsible and sustainable development of Malaysia’s palm oil industry.