Skip to main content
MPOGCF turut serta menyokong 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗝𝗼𝗺 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝗔𝗴𝗿𝗶𝗸𝗼𝗺𝗼𝗱𝗶𝘁𝗶 yang diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang semalam, bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).
𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗔𝗴𝗿𝗶𝗸𝗼𝗺𝗼𝗱𝗶𝘁𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 di peringkat komuniti ini telah dirasmikan oleh 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝗼𝗱𝗶𝘁𝗶, 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 Zuraida Kamaruddin, dan diikuti oleh Penyampaian Sumbangan Program Kelestarian Sawit Peringkat Komuniti kepada sejumlah 50 persatuan-persatuan (NGO), dialog bersama komuniti dan NGO, serta sidang media.
Jabatan Komunikasi Korporat MPOGCF terlibat sama dalam 𝗣𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗿𝗶𝗸𝗼𝗺𝗼𝗱𝗶𝘁𝗶 yang mendedahkan para pelawat kepada usaha-usaha pemuliharaan serta pengekalan biodiversiti dan kemampanan industri sawit, termasuk kepentingan mempertahankan industri sawit Malaysia daripada ancaman propaganda negara luar.
Program Jom Kenali Agrikomoditi juga dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), KPPK merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗶𝗱𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗞𝗮𝗿𝗹𝗶, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPPK, 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗢𝗺𝗮𝗿 disamping Ketua-Ketua Pengarah Agensi dan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Majlis di bawah KPPK.