Skip to main content
Keluasan tanaman sawit di Malaysia ialah 5.8 juta hektar dan ini meliputi kawasan berbukit atau kawasan yang bercerunan kurang daripada 25 darjah.
Kawasan yang berbukit mempunyai tanah yang kurang sesuai untuk pertumbuhan sawit kerana tanah di kawasan ini kurang kandungan nutrien.
Jadi, adalah penting untuk mengambil langkah pemuliharaan air dan tanah supaya tanah di kawasan berbukit ini sentiasa subur dan tidak menjejaskan pertumbuhan pokok sawit selain tidak memberi kesan terhadap pengeluaran hasil buah tandan segar (BTS).
Amalan Pertanian Baik ini akan memastikan pengeluaran minyak sawit Malaysia adalah MAMPAN.