Skip to main content
Pada 1917, ladang kelapa sawit komersil yang pertama telah dibuka di negara ini iaitu Tennamaran Estate di Bestari Jaya (dulu dikenali Batang Berjuntai) di daerah Kuala Selangor.
Tanaman kelapa sawit terus berkembang pesat di negara ini bagi menggantikan ladang-ladang getah kerana ia lebih menguntungkan.
Tanaman kelapa sawit telah membawa kesan penting kepada kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat terutamanya di luar bandar.
Sehingga kini, industri sawit menjadi menjadi pemacu utama sektor pertanian negara dan menjadi sektor kedua terpenting selepas perindustrian.
Pada 2019, kerajaan telah mengehadkan keluasan maksimum ladang sawit di seluruh negara tidak melebihi 6.5 juta hektar menjelang 2023.
Pembukaan ladang-ladang baharu tidak lagi menjadi keutamaan industri sawit negara.
Sebagai industri mampan, tumpuan kini lebih diberikan kepada usaha-usaha bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti minyak sawit menerusi penyelidikan dan pembangunan (RnD).