Skip to main content

Kerjasama MPOGCF dan TDM Plantation untuk tambah baik projek pemuliharaan alam sekitar 

Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) dan TDM Plantation Sdn Bhd, bahagian perladangan TDM Berhad,  menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam satu majlis di Resort World Kijal pada 20 Dis 2021. 

MoU tersebut menyatukan TDM Berhad dan MPOGCF yang mementingkan kelestarian alam sekitar bagi mewujudkan kerjasama serta meneroka peluang untuk menyokong dan memperkayakan usaha yang boleh memberi kesan positif kepada alam sekitar dan biodiversitinya yang pelbagai. 

Melalui pemeteraian kerjasama ini, MPOGCF, dengan sumber dan pengalamannya yang meluas, akan membantu TDMP dalam menambah baik inisiatif pemuliharaan alam sekitar syarikat, iaitu projek “Living Together with Elephants” dan “River of Life”. 

Hadir bagi menyaksikan MoU itu  ialah YB Dr. Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Terengganu dan YB. Che Alias Hamid, Ahli Lembaga Pengarah TDMP.

Di majlis tersebut, TDMP diwakili oleh En Hamdan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TDMP dan En. Mohd Salwadi Mazlan, Pengurus Pentadbiran Perladangan TDMP, manakala MPOGCF diwakili oleh Dato’ Mustafa @ Hasan Ali, Pengerusi MPOGCF dan En. Zamakhshari Muhamad, Pengurus Besar MPOGCF.

Majlis MOU