Skip to main content
Kerjasama MPOGCF – SFC untuk manusia hidup harmoni bersama buaya
MALAYSIAN Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sarawak Forest Corporation (SFC) di Kuching, baru-baru ini.
Ini merupakan lawatan kerja rasmi yang pertama MPOGCF ke Negeri Sarawak.
Lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada usaha menjalin kerja sama dengan jabatan serta agensi kerajaan negeri Sarawak menerusi projek serta inisiatif pemuliharaan hutan dan hidupan liar.
Kerjasama MPOGCF dalam projek dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar melalui pembiayaan dana sebelum ini lebih tertumpu di Negeri Sabah.
Pengurus Besar MPOGCF, YBRs Encik Zamakhshari Muhamad mengetuai lawatan itu.
MPOGCF dan SFC mengadakan perbincangan bagi menjayakan projek yang bertemakan ‘Crocodiles, Sustainable Livelihoods and Reducing Oil Palm Plantation Conflicts in Sarawak’ iaitu mewujudkan suasana kehidupan harmoni antara masyarakat mampan dan buaya sekaligus mengurangkan konflik di ladang-ladang kelapa sawit di Sarawak.
Perbincangan itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Eksekutif SFC, YBRs Tuan Haji Zolkipli Mohamad Aton. Turut serta, Ketua Pemuliharaan Biodiversiti dan Penyelidikan SFC, Dr Melvin Terry Gumal.