Skip to main content

TANJUNG MALIM – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama menangani krisis kepupusan Harimau Malaya sekaligus meningkatkan imej industri sawit dalam aspek kemampanan.

MoU berkenaan dimeterai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia bersama Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).

Menerusi MoU itu, MPOC dan MPOGCF iaitu agensi di bawah KPPK menyediakan dana sebanyak RM3 juta untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini bagi konservasi Harimau Malaya.

Menerusi MoU itu, MPOC dan MPOGCF iaitu agensi di bawah KPPK menyediakan dana sebanyak RM3 juta untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini bagi konservasi Harimau Malaya.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, MoU itu membuka era baharu dalam mengukuhkan kerjasama startegik dan konservarsi ex-situ Harimau Malaya antara dua kementerian melalui penyelidikan, bina upaya serta program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam.

Shamsul Anuar ketika meninjau keadaan harimau di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai pada Isnin. © Kumpulan Karangkraf

Menurutnya, enam program utama bakal dilaksanakan melalui MoU itu ialah program pembiakan Harimau Malaya, pemindahan Harimau Malaya ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan di Lanchang, Pahang; program meliarkan Harimau Malaya, pelepasan Harimau Malaya ke habitat asal dan pemantauan Harimau Malaya selepas proses pelepasan.

“Kerajaan ketika ini berhadapan cabaran besar dalam memastikan spesies Harimau Malaya dapat dikekalkan selain menyedarkan orang awam agar tidak melakukan pemburuan terhadap haiwan terbabit.

Sumber: Sinar Harian

One Comment

Leave a Reply